SELAMA: Bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya terus mengeluarkan kenyataan kontroversi berkaitan Islam.
Bagaimanapun, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan diminta untuk memanggil dan menyiasat tindakan bekas penyanyi nasyid itu yang mengeluarkan kenyataan menolak keberadaan Allah S.W.T.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad Berkata, MAIK perlu menasihati penyanyi nasyid berusia 40 tahun itu supaya tidak berterusan mencipta kontroversi berkaitan agama Islam yang boleh mengundang pelbagai tohmahan orang ramai.
“Tak sepatutnya di dalam era yang kita tengok perkembangan ilmu yang baik, masih ada orang menganggapnya sebegitu, mungkin ada segelintir di kalangan mereka yang bersikap berpandangan demikian rupa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program outreach rakan setia komuniti orang kena pengawasan (OKP) dadah di Kampung Masjid, Ijok, Selama, pada Ahad.
Menurutnya, tindakan Suhaimi juga sangat pelik kerana golongan tidak percaya agama atau atheis hanya wujud dalam masyarakat Malaysia pada tahun 60an dan 70an sahaja.
Justeru, beliau berharap kenyataan kontroversi Suhaimi itu tidak melarat dalam kalangan masyarakat.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Dec 05 2021

Idris berkata, MAIK perlu menasihati penyanyi nasyid berusia 40 tahun itu supaya tidak berterusan mencipta kontroversi berkaitan agama Islam yang boleh mengundang pelbagai tohmahan orang ramai. - Gambar fail/BERNAMA
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.

Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.

'Saya tak boleh menjanda lama-lama' - Ina Naim nikah semula demi anak-anak
Jelas Ina, kehadiran bakal suaminya diharapkan dapat membantu meneruskan usaha mendidik dan membimbing anak-anaknya.

Harum Setangkai Doa dedikasi Inteam buat Suhaimi Saad
Pemergian Allahyarham pada usia yang muda telah mengejutkan peminat industri muzik tanahair.

Mawi doakan Ina Naim terus tabah, kuat
Mawi bersyukur masyarakat banyak bercakap tentang perkara baik yang dilakukan Allahyarham Mohd Suhaimi ketika hayatnya.

'Ayah pernah pesan minta anak-anak mandikan, solatkan jenazahnya'
Anak sulung kepada Allahyarham Mohd Suhaimi Saad memberitahu ayahnya sempat berpesan sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot pada minggu lalu.

Suhaimi Saad boleh dikenakan tindakan undang-undang - Idris
Bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya terus mengeluarkan kenyataan kontroversi berkaitan Islam.

Tiada sumpah, cuma respon - Suhaimi Saad jawab Angkasawan Negara
Sebaliknya, katanya, Angkasawan Negara itu hanya menyebut lafaz zikir apabila menegaskan menerusi akaun Instagram beliau bahawa bumi ini memang berbentuk sfera.

Bumi rata? Ini jawapan Angkasawan Negara
DATUK Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menjelaskan bahawa bumi berbentuk bulat sfera.

'Usah sibuk dan risau urusan orang' - Suhaimi Saad
Bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, menjawab kritikan netizen yang mengatakan dirinya mengamalkan kehidupan terlalu zuhud.