JOHOR BAHRU: Perkampungan Orang Asli di Parlimen Pulai berpotensi dimajukan sebagai lokasi agropelancongan sekali gus dapat membuka ruang penjanaan ekonomi bagi komuniti Orang Asli.
Melihat kepada potensi besar perkampungan itu, calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat berhasrat untuk memajukan penempatan Orang Asli iaitu di Kampung Bakar Batu dan Kampung Sungai Temon, Perling sekiranya diberi mandat menjadi wakil rakyat di situ.
Menurut Suhaizan kedudukan perkampungan komuniti itu berdekatan dengan sungai sesuai dibangunkan sebagai kawasan agropelancongan dan mampu menarik minat pelancong.
"Kita berhasrat bangunkan kawasan ini, saya difahamkan kerajaan akan membina jeti baharu yang memberi kemudahan kepada penduduk Orang Asli di sini, yang dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong datang ke sini.
"Apabila ada jeti yang cantik, ada bot yang akan bawa pelancong bersiar-siar, kawasan perkampungan yang menarik, ia akan dapat meningkatkan pendapatan penduduk di sini," katanya selepas ziarah kasih di Kampung Bakar Batu di sini hari ini.
Beliau berkata selain keindahan lokasi, keunikan produk kraf tangan dan kepelbagaian juadah tradisi Orang Asli juga dapat diketengahkan serta dipromosi kepada pelancong asing.
Hari ini, Bernama melaporkan komuniti wanita Orang Asli suku kaum Seletar di Kampung Orang Asli Kampung Bakar Batu yang mahu produk kraf tangan unik seperti anting-anting diperbuat daripada sisik ikan dapat dipasarkan untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Sementara itu, Tok Batin Seletar di Kampung Orang Asli Kampung Bakar Batu, Kais Kee berkata cadangan menjadikan perkampungan komuniti itu sebagai produk pelancongan disambut baik penduduk.
Beliau berkata cadangan itu membuka peluang kepada penduduk untuk menjana ekonomi seterusnya dapat meningkatkan pendapatan mereka yang majoritinya nelayan.
Bagaimanapun beliau berkata wakil rakyat serta pihak terlibat perlu terlebih dahulu menyelesaikan masalah perumahan di situ selain usaha pemuliharaan keadaan Sungai Skudai yang menjadi lubuk rezeki masyarakat di situ.
"Sebolehnya wakil rakyat baharu nanti, bantu kami menyediakan rumah yang lebih selesa selain memulihkan kawasan sungai di sini dengan usaha menanam semula pokok bakau di sekitar kawasan ini.
"Akibat banyak hutan bakau terjejas, hasil laut juga terganggu sekali gus menjejaskan hasil tangkapan nelayan," katanya kepada Bernama.
Kampung Orang Asli Bakar Batu yang terletak di muara Sungai Skudai menempatkan kira-kira 200 penduduk, manakala Kampung Sungai Temon di muara Sungai Danga dihuni sekitar 150 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023

Menurut Suhaizan kedudukan perkampungan komuniti itu berdekatan dengan sungai sesuai dibangunkan sebagai kawasan agropelancongan dan mampu menarik minat pelancong. - Gambar fail/Bernama

13,095 pendatang tanpa izin ditahan di Johor tahun lepas - Imigresen
Sebanyak 13,095 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negeri ini bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis tahun lepas.

Ramadan: Selangor pertimbang benar penjawat awam wanita pulang awal - Amirudin
Kerajaan Selangor sedia mempertimbangkan cadangan membenarkan penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang awal pada Ramadan ini.
Lapan individu dipanggil siasatan bekas pegawai Ismail Sabri
SPRM akan mengambil keterangan lapan individu berhubung siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disyaki terlibat rasuah.

Kadar zakat fitrah Negeri Sembilan RM7.50, RM12 dan RM22
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7.50, RM12 dan RM22 tahun ini.
AWANI Borneo [27/2/2025] – Cabaran geografi dan arus deras|Syukur SMJ|Wajib ada sijil halal
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1. Usaha bantu mangsa banjir di Telupid dan Paitan berdepan cabaran
2. Kerajaan mulakan program outreach bantu penerima SYUKUR yang belum ada akaun bank
3. Hanya premis ada sijil halal JAKIM dibenar adakan bufet Ramadan di Sarawak
1. Usaha bantu mangsa banjir di Telupid dan Paitan berdepan cabaran
2. Kerajaan mulakan program outreach bantu penerima SYUKUR yang belum ada akaun bank
3. Hanya premis ada sijil halal JAKIM dibenar adakan bufet Ramadan di Sarawak

Pulau Pinang lulus jajaran baharu NCPR libat kos RM2.43 bilion - Chow
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan jajaran baharu Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR) dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang dengan kos pelaksanaan dianggar berjumlah RM2.43 bilion bagi mengurangk

Tarik lesen, senarai hitam peniaga 'Ali Baba' tapak bazar Ramadan - Amirudin
Selangor akan bertindak tegas dengan menarik balik lesen serta menyenarai hitam peniaga bazar Ramadan yang didapati menjual permit atau tapak perniagaan kepada pihak ketiga.

Buruh mengaku tidak bersalah cederakan anak tiri
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan anak tirinya, pertengahan bulan ini.
Hanya premis ada sijil halal JAKIM dibenar adakan bufet Ramadan di Sarawak
Majlis Islam Sarawak telah mengeluarkan pekeliling minggu lalu bagi memastikan bahawa segala peraturan berkait penganjuran bufet halal di negeri itu dipatuhi.
Kadar zakat fitrah Sarawak RM7.50
Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi wilayah itu meningkat kepada RM7.50 berbanding RM7 tahun lalu.

Ketibaan pelancong dari China ke Malaysia meningkat 130.9 peratus pada 2024
Peningkatan itu didorong kesinambungan dasar bebas visa untuk warga China sehingga Disember 2026 dan peningkatan kesalinghubungan udara.

'Awang Kundur' jadi tarikan pengunjung di Karnival Jerami Kedah 2025
Pihaknya ingin mengetengahkan konsep tradisional dalam pertanian zaman dahulu dan kerbau merupakan haiwan yang digunakan untuk membajak sawah.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus
Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus.

Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.

New Zealand longgar peraturan visa benar pelawat bekerja sambil melancong
Ia dalam usaha terbaru untuk meningkatkan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi.

KPDN Melaka rekod 50 kes kesalahan dalam tempoh 23 hari
Sebanyak 50 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta kepenggunaan dengan denda berjumlah RM34,000 direkodkan dalam tempoh 23 hari bermula 1 Jan lepas.