HANGZHOU: Dua lagi beregu negara - Pearly Tan-M.Thinaah dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, serta perseorangan lelaki Ng Tze Yong, berjaya mara ke pusingan suku akhir Sukan Asia Hangzhou 2022, selepas menewaskan lawan masing-masing di Gimnasium Binjiang hari ini.
Beregu wanita utama negara Pearly-Thinaah bagaimanapun berdepan tugas getir apabila dijadualkan bertemu beregu nombor dua dunia Baek Ha Na-Lee So Hee daripada Korea Selatan, esok.
Juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu dijangka meraih tentangan sengit beregu Korea Selatan itu yang pastinya bermotivasi tinggi susulan euforia mengungguli acara berpasukan wanita, Ahad lepas
Terdahulu, gandingan itu melepasi pusingan kedua selepas mengetepikan pasangan Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 21-15, 21-17 usai 39 minit perlawanan.
"Saya berpendapat setiap kejohanan hampir sama, tetapi ini Sukan Asia (semua orang memburu pingat). Kami sangat teruja dan cuba untuk fokus pada permainan kami erta tidak terlalu memikirkan persembahan pemain lain," kata Pearly, manakala Thinaah berharap mereka dapat meneruskan momentum kemenangan hari ini, esok.
Pearly-Thinaah sebelum ini dua kali bertemu gandingan itu, iaitu ketika separuh akhir Terbuka Perancis 2022 yang menyaksikan pasangan negara muncul pemenang kejohanan, serta dalam final Masters Malaysia 2023 ketika Baek dan Lee menundukkan mereka untuk merangkul kejuaraan.
Sementara itu, bekas juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke suku akhir selepas menewaskan beregu Thailand Supak Jomkoh-Kedren Kittinupong 21-12, 21-14.
Beregu nombor lima dunia itu akan dicabar beregu nombor lapan dunia dari China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi bagi perebutan slot separuh akhir.
Tze Yong yang mengejutkan bekas juara dunia Loh Kean Yew dari Singapura semalam, membawa momentum kemenangan itu hari ini dengan mengalahkan pemain ke-35 dunia, Kantaphon Wangcharoen dari Thailand 21-17, 21-12.
Perseorangan ranking ke-19 dunia itu akan menentang pemain nombor tiga dunia Kodai Naraoka dari Jepun, esok.
Namun, dalam perseorangan wanita, bekas juara remaja dunia Goh Jin Wei menamatkan cabaran di Hangzhou selepas tewas 6-21, 12-21 kepada Gregoria Mariska Tunjung dari Indonesia.
Terdahulu, perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir selepas menundukkan juara dunia Kunlavut Vitidsarn dari Thailand 10-21, 21-19, 21-6 sekali gus mengikut langkah beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang mengalahkan wakil India Sai Patheek-Tanisha Crasto 21-18, 21-18.
Zii Jia akan bertemu perseorangan India HS Prannoy manakala Tang Jie-Ee Wei dijadualkan berdepan pemenang perak Olimpik Tokyo 2020, Zheng Si Wei-Huang Ta Qiong dari China
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

Bekas juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke suku akhir selepas menewaskan beregu Thailand Supak Jomkoh-Kedren Kittinupong 21-12, 21-14. - Foto FB BAM
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Azeem terkejut, tidak percaya terima anugerah PJK di usia 19 tahun
Pelari pecut sensasi negara, Azeem muncul antara atlet termuda yang menerima Anugerah PJK bersama dua lagi atlet Perak.

Sukan Asia: Arif Afifuddin sumbang pingat emas pertama skuad karate negara
Muhammad Arif Afifuddin memastikan skuad karate negara berjaya menyumbangkan satu pingat emas dalam acara kumite 84 kilogram Sukan Asia Hangzhou.

Mohd Qabil 'penat', beri bayangan bersara
Mohd Qabil Ambak memberi bayangan bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas berjaya melunaskan impiannya merangkul pingat emas dressage individu.

Jaringan Nuraini bawa Malaysian Tigress raih tempat kelima, dapat slot kelayakan Olimpik
Jaringan lewat permainan Nuraini Abdul Rashid berjaya membantu skuad hoki wanita negara menutup kempen Sukan Asia di tempat kelima.

Badminton: Penilaian prestasi Sukan Asia untuk elak berulang di Paris - Rexy
Kem badminton negara akan melakukan kajian terperinci terhadap prestasi pemain di Sukan Asia Hangzhou, selepas gagal mencapai sasaran satu perak dan dua gangsa.

Thailand ranap misi Malaysia pertahan emas sepak takraw antara regu lelaki
Skuad sepak takraw lelaki negara kecundang kepada Thailand 0-2 pada final acara antara regu di Sukan Asia Hangzhou 2022.

Sukan Asia: Skuad paling cemerlang, bawa pulang tiga pingat emas - SRAM
Prestasi itu hampir mengulangi pencapaian pasukan skuasy negara pada temasya edisi 2010 di di Guangzhou, China.

Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia
Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita
Skuad kata wanita negara melakar pencapaian membanggakan apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara berpasukan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Pusat Sukan Linping, hari ini.