KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet pelayaran Nur Shazrin Mohamad Latif yang meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Asia Hangzhou 2022.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata Tengku Hassanal turut menzahirkan tahniah kerana Nur Shazrin layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 secara merit.
"Baginda berasa amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai anak Pahang ini (Nur Shazrin) bermula dari mewakili pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang sejak 2012 sehingga diserap ke pasukan kebangsaan sejak 2017.
"Baginda bertitah semoga kemenangan yang dikecapi Nur Shazrin dapat menyuntik semangat kepada atlet negara untuk terus berusaha gigih bagi menambah lagi pungutan pingat kontinjen negara dalam temasya ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nur Shazrin, 25, dari Kampung Mambang di Pekan, dekat sini menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada temasya Sukan Asia 2023, selepas muncul juara acara ILCA 6 wanita, pada Rabu (27 Sept).
Beliau juga pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Pahang pada Anugerah Sukan Pahang 2015/2016 selain pernah meraih Anugerah Khas Olimpian pada Anugerah Sukan Pahang 2019/2020.
Antara pencapaian Nur Shazrin ialah emas pada SUKMA 2012 di Pahang dan 2014 di Perlis, emas pada Sukan SEA Singapura 2015 selain turut mewakili negara pada Sukan Olimpik di Rio, Brazil dan Tokyo, Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023
![Sukan Asia Hangzhou: Tengku Hassanal zahir tahniah kepada Nur Shazrin Sukan Asia Hangzhou: Tengku Hassanal zahir tahniah kepada Nur Shazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695799786_ShazrinMohamadLati.jpg)
Nur Shazrin dari Kampung Mambang di Pekan menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada temasya Sukan Asia 2023, selepas muncul juara acara ILCA 6 wanita, pada Rabu. - Foto Bernama
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/81510921285_HunSen.jpg)
Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan
Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin Sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
![Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739268563_PaperStraw.jpg)
Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737882414_TBhajijiNoor.jpg)
Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.
Filipina mulakan kempen pilihan raya
Tempoh kempen 90 hari bagi pilihan raya pertengahan penggal Filipina bermula hari ini dalam suasana politik yang semakin tegang.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
China dan Thailand perdalam kepercayaan, perluas kerjasama
Dalam pertemuan tersebut, Xi Jinping juga menyentuh mengenai projek seperti kereta api berkelajuan tinggi yang dijadualkan menghubungkan Bangkok dengan Kunming di barat daya China.
![Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597302921_Mempelamharumanis.jpg)
Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP
Melalui penanaman lebih sistematik, Harumanis boleh dihasilkan lebih awal dengan kualitinya setanding dengan musim biasa.
Azalina, Rith bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja pada Isnin.
ASEAN bersatu sokong gencatan senjata - Anwar
ASEAN mengambil pendirian tetap menyokong gencatan senjata yang berkekalan di Semenanjung Gaza, dengan Malaysia berikrar memberikan sokongan penuh terhadap usaha pembinaan semula wilayah itu
![Tindakan lebih agresif perlu untuk pulihkan Tasik Chini - Tengku Hassanal Tindakan lebih agresif perlu untuk pulihkan Tasik Chini - Tengku Hassanal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644478428_TengkuHassanal.jpg)
Tindakan lebih agresif perlu untuk pulihkan Tasik Chini - Tengku Hassanal
Tengku Hassanal menyokong langkah moratorium yang telah dilaksanakan kerajaan negeri di kawasan tasik tersebut.
![Khidmat amil zakat di Pahang dibenarkan Khidmat amil zakat di Pahang dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81474880412_SumbanganGeneric.jpg)
Khidmat amil zakat di Pahang dibenarkan
Kaedah ini dilaksanakan dengan segera berpandukan SOP yang ditetapkan bagi kemudahan umat Islam di negeri ini.