WALAUPUN bersaing hebat di dalam gelanggang, semangat kesukanan dan rasa hormat yang dipamerkan kepada lawan sentiasa mengundang rasa terharu masyarakat dunia tanpa mengira latar belakang termasuk negara.
Itulah yang berlaku apabila jurulatih badminton negara, Hendrawan menerima pujian ramai selepas secara spontan bertindak memberikan kasutnya kepada pemain Jamaica, Samuel Ricketts ketika saingan Sukan Komanwel Birmingham 2022, awal pagi tadi.
Ricketts yang ketika itu menentang pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dalam aksi Kumpulan D acara berpasukan, terpaksa meminta perlawanan dihentikan seketika kerana tapak kasut dipakainya koyak.
Pegawai perlawanan kemudian dilihat cuba memotong bahagian tapak yang koyak, namun keadaan kasut sedemikian tidak membolehkannya beraksi dengan baik. Dia kemudian dilihat memakai kasut yang dipercayai dipinjam daripada rakan sepasukan namun terpaksa membukanya disebabkan tidak sama saiz.
Tze Yong turut menawarkan kasutnya tetapi perbezaan saiz turut menjadi masalah utama, sebelum Hendrawan yang kebetulan memakai kasut yang sama saiz tampil membawa kasut dipakainya untuk diserahkan kepada Ricketts.
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei, turut berkongsi perasaan terharu dan bangga melihat insiden berkenaan di laman Facebooknya.
"Always the kindest friendly man who is never shy offering help to anyone, even someone new to him … ladies and gentleman, that’s Hendrawan… my friend, my mentor and former world champion.
(Sentiasa menjadi seorang lelaki peramah yang paling baik dan tidak pernah segan menawarkan bantuan kepada sesiapa, malah seseorang yang baru dikenalinya... tuan-tuan dan puan-puan, itulah Hendrawan... kawan saya, mentor saya dan bekas juara dunia).
"Sidenote: eh coach Hendrawan, nasib baik yang koyak kasut dia. Kalo seluar dia yang koyak i challenge pak tolong dia gak…," katanya berjenaka.
Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, @khazian, berkata: "Coach Hendrawan seperti bapa kepada pemain-pemain ini, walaupun pemain lawan. Beliau tentu mahukan perlawanan yang adil untuk pemainnya juga," katanya.
Sementara itu, Hendrawan berkata apa yang dilakukan adalah atas dasar mahu membantu dan enggan melihat pemain itu yang cukup bersemangat, terpaksa menarik diri hanya disebabkan kasut yang rosak.
"Saya hanya memberikan sepatu saya supaya dia bisa (boleh) melanjutkan (meneruskan) mimpi untuk terus bermain.
"Dari sini saya belajar, ternyata ada yang lebih besar dari sebuah pertandingan, iaitu kasih sayang, rasa hormat dan kemanusiaan," tulis Hendrawan di Instagram.
Dalam perlawanan itu, Tze Yong tidak berdepan masalah untuk mengatasi Ricketts dalam straight set 21-12, 21-16.
Astro Awani
Sat Jul 30 2022

Hendrawan menerima pujian ramai apabila bertindak memberikan kasutnya kepada pemain Jamaica, Samuel Ricketts. - Astro Arena
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Sukan Komanwel: Beri kasut kepada pemain lawan, jurulatih badminton Malaysia dapat pujian
Hendrawan menerima pujian ramai apabila bertindak memberikan kasutnya kepada pemain Jamaica, Samuel Ricketts.

Chong Wei berterima kasih kepada semua jurulatih yang membantu kerjayanya
Semua jurulatih itu bukan hanya menggilap kemahiran badminton bahkan membina keperibadiannya sehingga berjaya ke hari ini.

Hendrawan: 'Ranking' No.1 tidak lagi penting untuk Lee Chong Wei
Tiada pujian melambung daripada jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan, terhadap pencapaian Datuk Lee Chong Wei yang kembali merampas kedudukan pemain nombor satu dunia.