PHNOM PENH: Penerjun negara, Enrique Maccartney Harold memastikan dominasi Malaysia dalam menyapu bersih semua acara terjun selepas meraih emas acara 10 meter (m) plaftorm pada temasya Sukan SEA 2023 di sini hari ini.
Pencapaian itu sekali gus mengulangi kejayaan negara membawa pulang kesemua lapan pingat emas yang ditawarkan pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.
Dalam acara berlangsung di Pusat Akuatik Morodok Techo, Enrique yang julung kali mewakili negara dalam temasya dwitahunan itu, berada di kelas tersendiri apabila mengumpul 442.95 mata selepas enam pusingan bagi menghadiahkan emas ke empat negara dalam sukan terjun.
Lebih manis, Malaysia turut merebut dua podium bagi acara itu selepas seorang lagi penerjun, Bertrand Rhodict Lises meraih pingat perak dengan 384.00 mata.
Gangsa milik penerjun Singapura, Shen Oon Max Lee yang mengutip 362.8 mata.
Bernama
Thu May 11 2023
![Sukan SEA: Enrique penuhi misi sapu bersih acara terjun Sukan SEA: Enrique penuhi misi sapu bersih acara terjun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683792860_SukanSEA.jpg)
Penerjun negara Enrique Maccartney Harold meraih pingat emas dalam acara terjun 10 meter plaftorm pada temasya Sukan SEA 2023 di Stadium Akuatik Morodok Techo hari ini. - Foto Bernama
![MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024 MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734499053_TBZAFRUL.jpg)
MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.
Nissan, Honda batal perjanjian penggabungan jenama
Syarikat automotif terkemuka Jepun, Nissan Motor dan Honda Motor mengumumkan untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai penggabungan antara kedua-dua syarikat. Dalam sidang media persidangan yang dianjurkan Nissan Motor di Yokohama pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan berkata, syarikat berkenaan sebulat suara bersetuju bersama Honda untuk menamatkan potensi penggabungan jenama berkenaan termasuk, rundingan-rundingan yang telah dibincangkan.
Jenayah: Warga emas 86 tahun mengaku salah tembak remaja 16 tahun
Yarl, yang terselamat walaupun ditembak sebanyak dua kali, memaklumkan dia menekan loceng pintu rumah Lester kerana menyangkakan rumah itu adalah rumah pengasuh adiknya.
PM Thailand pengerusikan mesyuarat keselamatan tergempar krisis Myawaddy
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan ketua-ketua agensi keselamatan untuk menilai keadaan di perbandaran Myawaddy, hab utama yang dikenal pasti untuk rangkaian pemerdagangan manusia di Myanmar.
14 Negeri Amerika Syarikat saman Trump dan Elon Musk
Empat belas negeri di Amerika Syarikat telah memfailkan saman persekutuan terhadap Presiden Donald Trump dan Elon Musk, jutawan ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), atas dakwaan memiliki kuasa tanpa had dan tidak terkawal yang melanggar perlembagaan
Hamas umum nama tiga tebusan Israel yang akan dibebas Sabtu
Kumpulan pejuang Palestin, Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu.
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat perlu teguh mendepani cabaran
Duta Malaysia yang bakal dilantik ke Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki kecekapan dan sentiasa bersedia berdepan sebarang cabaran.
Reformasi industri padi, beras agenda kerajaan tahun ini
Fokus utama kementerian pertanian dan keterjaminan makanan (KPKM) pada tahun ini adalah reformasi industri padi dan beras negara dengan mengutamakan pendekatan yang lebih lestari, berdaya saing dan mesra alam.
KDNK: Peningkatan pelaburan antara faktor penyumbang - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, MITI akan meneruskan usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan perdagangan, dan membangunkan industri tempatan.
Kabinet berpendapat ada keperluan pinda Akta Pemberi Maklumat
Kabinet berpendapat ada keperluan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi mengatasi beberapa isu percanggahan dengan akta lain selain memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat.
![Sukan SEA: Enrique penuhi misi sapu bersih acara terjun Sukan SEA: Enrique penuhi misi sapu bersih acara terjun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683792860_SukanSEA.jpg)
Sukan SEA: Enrique penuhi misi sapu bersih acara terjun
Penerjun negara, Enrique Maccartney Harold memastikan dominasi Malaysia dalam menyapu bersih semua acara terjun selepas meraih emas acara 10 meter (m) plaftorm pada temasya Sukan SEA 2023.