SEPANG: Jawatankuasa Ketua Kontinjen (CDM) menyediakan dua ahli psikologi sukan bagi membantu para atlet sepanjang Sukan SEA ke-32 di Kemboja yang dijadual berlangsung dari 5 hingga 17 Mei ini.
Timbalan CDM Datuk Shalin Zulkifli berkata ini kerana kebanyakan atlet yang menyertai edisi kali ini terdiri dalam kalangan muka baharu.
"60 peratus atlet merupakan muka baharu yang akan bertanding buat kali pertama dan kami membuat persiapan bersama pengurus pasukan untuk terus berhubung bersama Institut Sukan Negara (ISN) sekiranya pemain-pemain mereka memerlukan bantuan (psikologi) tersebut," katanya di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Kemboja bersama seorang lagi Timbalan CDM yang juga bekas pemain skuasy wanita kebangsaan Sharon Wee.
Turut berlepas ke Kemboja hari ini adalah jawatankuasa Majlis Sukan Negara, skuad bola sepak wanita kebangsaan (Malayan Tigress), pasukan bola tampar dan golf negara.
Bekas ratu boling negara itu turut yakin dengan persediaan yang dilakukan para atlet sama ada dari segi mental mahu pun fizikal untuk berentap bagi acara masing-masing, sekali gus dapat menghadiahkan pingat untuk kontinjen negara.
"Selepas Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada tahun lepas, kebanyakan atlet telah membuat perancangan sendiri, jadi mereka sudah tahu persiapan apa yang perlu dibuat," katanya.
Olahragawati kebangsaan sebanyak lima kali itu turut berharap rakyat di negara ini akan terus memberikan sokongan kepada semua atlet bagi menyuntik semangat mereka dalam menggalas cabaran negara di Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 01 2023

Shalin yakin dengan persediaan yang dilakukan atlet sama ada dari segi mental mahu pun fizikal untuk berentap bagi acara masing-masing, sekali gus dapat menghadiahkan pingat untuk kontinjen negara. - Foto fail/Bernama

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

SUKMA: KBS perlu tetap dasar kekal sukan teras, tindakan pengguguran merugikan - Exco Johor
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu menetapkan satu dasar bagi mengekalkan sukan teras yang mampu menyumbang pingat pada kejohanan antarabangsa, agar tidak digugurkan pada temasya SUKMA.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.