HANOI: Jaguh lontar tukul besi negara Jackie Wong Siew Cheer sudah boleh menarik nafas lega dan fokus untuk merampas semula pingat emas Sukan SEA selepas acara tersebut dibenarkan untuk dipertandingkan pada temasya di Hanoi itu.
Acara lontar tukul besi lelaki dan lontar peluru wanita dibatalkan dua minggu lepas ekoran tidak cukup jumlah penyertaan, tetapi dimasukkan semula selepas mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada Khamis.
Mengikut Piagam dan Peraturan SEAGF, minimum tiga negara mesti mengambil bahagian untuk acara itu dipertandingkan.
"Pada awalnya hanya ada dua atlet Malaysia (Jackie dan Sadat Marzuqi Ajisan) serta atlet Thailand bagi acara lontar tukul besi lelaki, manakala lontar peluru wanita mendapat penyertaan seorang atlet Indonesia dan dua atlet Thailand.
"Kini ada tambahan seorang atlet lontar tukul besi Kemboja, begitu juga masing-masing seorang dari Kemboja dan Malaysia bagi acara lontar peluru," kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan selepas mesyuarat Majlis SEAGF.
Jackie Wong merangkul emas dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dengan lontaran 65.9 meter (m) yang merupakan rekod kejohanan, tetapi hanya mampu meraih perak dalam edisi 2019 di Filipina apabila Kittipong Boonmawan dari Thailand merampas emas dengan rekod baharu kejohanan 67.56m.
Atlet kelahiran Sarawak itu juga pemenang tiga pingat gangsa Sukan SEA dari 2011 hingga 2015.
Dalam pada itu, ketua jurulatih olahraga negara Manshahar Abdul Jalil mengesahkan bahawa atlet lempar cakera wanita Queenie Ting Kung Ni akan turut mengambil bahagian dalam acara lontar peluru.
Acara trek dan padang Sukan SEA dijadual berlangsung dari 14 hingga 19 Mei di Kompleks Sukan National, My Dinh.
Sementara itu, Mohamad Norza berkata majlis itu juga bersetuju untuk membenarkan pasukan petanque Malaysia bertanding dalam dalam temasya dwitahunan itu.
"Majlis tersebut bersetuju bahawa pendaftaran atlet dan pegawai oleh MOM dilakukan mengikut Piagam dan Peraturan SEAGF," katanya.
Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa pasukan petanque negara tidak tersenarai ke temasya di Hanoi rentetan permainan politik di peringkat pengurusan.
Ketua kontinjen negara (CDM) Datuk Nur Azmi Ahmad ketika dihubungi berkata keputusan majlis itu kemudiannya disahkan pada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal pada sebelah petang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022

Jackie Wong merangkul emas dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dengan lontaran 65.9 meter (m) yang merupakan rekod kejohanan. - Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.

Mohamad Norza menang tanpa bertanding jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Zon Asia Tenggara hari ini.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal dalam perancangan BAM hingga 2028
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Mohamad Norza dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dicalonkan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia.

Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.

Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri
MOM masih belum menetapkan jumlah sasaran pingat bagi temasya itu yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris
Presiden Persatuan Badminton Malaysia yakin dan percaya bahawa barisan pemain negara akan 'meletup' pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Hormati keputusan Norza untuk letak jawatan sebagai Presiden BAM selepas Olimpik - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menghormati keputusan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.

BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.