PHNOM PENH: Kontinjen negara gagal memperbaiki kedudukan dalam carta pungutan pingat walaupun menambah enam pingat emas selepas berakhir hari kelima temasya Sukan SEA 2023 di sini pada Rabu.
Kejayaan meraih enam pingat emas itu yang merupakan pencapaian terbaik setakat ini menyaksikan kontinjen negara kekal berada di kedudukan ketujuh dengan kutipan keseluruhan 21 emas, 22 perak dan 42 gangsa.
Skuad silat muncul pasukan terbaik semalam apabila menyumbangkan tiga pingat emas menerusi Norsyakirah Muksin dalam kategori bawah 45 kilogram (kg) Putri, Nor Farah Mazlan (kategori 45-50kg Putri) dan Muhammad Izzul Irfan Marzuki (kategori 60-65kg Putra).
Tiga pingat emas lagi adalah menerusi penerjun Lee Yiat Qing dalam acara 10m platform wanita, atlet wushu Tan Cheong Min (nanquan wanita) dan pemain golf Ng Jing Xuen bagi acara individu wanita.
Malaysia turut menambah tujuh pingat perak dan 10 pingat gangsa.
Selepas tamat saingan semalam, Vietnam yang mengumpul keseluruhan 50 pingat emas, 50 perak dan 61 gangsa merampas kedudukan teratas, manakala tuan rumah Kemboja di kedudukan kedua dengan 47-41-51.
Thailand yang sebelum ini, mendahului carta kedudukan pingat, turun dua anak tangga di tempat ketiga selepas mengumpul 47 emas, 36 perak dan 53 gangsa.
Tumpuan kontinjen negara pada hari keenam temasya hari ini bagi menambah kilauan emas sudah pasti terarah, antaranya kepada skuad ping pong wanita yang melakar kejutan mara ke pentas final selepas 30 tahun dalam acara berpasukan.
Malaysia dijadual berdepan Thailand dalam perlawanan akhir pada 10 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).
Selain itu, Malaysia juga berpeluang menambah pungutan pingat emas apabila skuad badminton lelaki yang menyingkirkan juara bertahan Thailand dalam acara berpasukan di peringkat separuh akhir, bakal membuat perhitungan berdepan musuh tradisi, Indonesia pada final hari ini.
Hari ini, golf juga bakal menjadi tumpuan apabila pemain negara akan memulakan cabaran dalam acara berpasukan lelaki bagi mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi Hanoi, Vietnam tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
Kejayaan meraih enam pingat emas itu merupakan pencapaian terbaik setakat ini. - Foto BERNAMA
Tujuh maut dalam nahas pesawat di Philadelphia
Nahas pesawat ambulans udara itu juga menyebabkan 19 mangsa lain mengalami kecederaan.
Elon Musk belanja lebih RM1.3 bilion untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024
'Pelaburan' Musk telah memberikannya akses tanpa precedent (duluan) kepada pentadbiran baharu Presiden AS.
Netanyahu bertemu Trump di Washington pada Selasa - Pejabat PM Israel
Ini menjadikan Netanyahu sebagai pemimpin dunia pertama yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Trump sejak pelantikannya sebagai Presiden AS.
Menteri Pertahanan Jerman tolak cadangan kenaikan perbelanjaan pertahanan NATO
Boris Pistorius berkata beliau tidak menyokong cadangan Presiden AS Donald Trump untuk menaikkan perbelanjaan pertahanan dalam NATO.
Banjir Sarawak: Parlimen Sibuti rekod banjir terburuk dalam sejarah - Lukanisman
Jumlah keseluruhan mangsa yang berlindung di seluruh 62 PPS di seluruh Sarawak adalah 12,101 orang sehingga jam 6.30 pagi Ahad.
Negara Arab tolak rancangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Mesyuarat menteri enam negara Arab di Kaherah menolak sebarang rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan Tebing Barat.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Pungutan pingat di Sukan SEA 2023 mungkin kurang - MOM
Kekurangan acara 'lubuk emas' pada Sukan SEA 2023 di Kemboja dilihat akan memberikan kesan kepada jumlah pungutan pingat emas yang mampu dituai kontinjen negara pada temasya sukan berkenaan.