KUALA LUMPUR: Bekas ratu boling negara Datuk Shalin Zulkifli optimis dapat meraih kepercayaan penuh para atlet ke Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, Mei ini sejurus dilantik sebagai Timbalan Ketua Kontinjen oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.
Shalin berkata pemilihannya bersama bekas pemain skuasy wanita kebangsaan Sharon Wee bagi memegang portfolio berkenaan mampu membuatkan atlet berasa selesa dengan kehadiran mereka memandangkan kedua-duanya pernah merasai jerih perih sebagai atlet sebelum ini.
"Kadang-kadang ada atlet yang susah percaya dengan orang lain tapi dengan orang yang pernah mengharungi (pengalaman bertanding) mereka lebih senang dan terbuka," katanya ketika ditemui pemberita.
Olahragawati kebangsaan sebanyak lima kali itu berharap beliau dan Sharon dapat berkongsi tips (petua) berguna kepada kontinjen negara terutamanya barisan atlet muda dalam membimbing mereka untuk tampil lebih garang di Kemboja.
"Sebenarnya, mereka (atlet muda) ini merupakan pelapis untuk Sukan SEA seterusnya, jadi memang penting bagi kami terapkan nilai patriotisme. Saya dapati mereka juga ada kemahiran namun tiada sentuhan terakhir, jadi saya harap dapat berkongsi pengalaman bersama Sharon nanti," katanya.
Sukan SEA 2023 dijadual berlangsung dari 5 hingga 17 Mei ini.
Dalam perkembangan lain, Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mahu melihat lebih banyak persatuan sukan berkualiti dilahirkan dan seterusnya dapat memperoleh penarafan lima bintang pada masa depan.
September lepas, lima persatuan sukan tempatan iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia, Konfederasi Hoki Malaysia, Persekutuan Wushu Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia dan Persatuan Skuasy Raket Malaysia dianugerahkan taraf lima bintang pada majlis Anugerah Penarafan Bintang Badan Sukan 2021 anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negara.
"PJS (pesuruhjaya sukan) ada cara nilai dan beri markah kepada mereka, jadi (saya) harap banyak lagi persatuan sukan tingkatkan urus tadbir dan hal kewangan supaya lebih banyak persatuan sukan berkualiti dilahirkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2023

Shalin berkata pemilihannya bersama bekas pemain skuasy wanita kebangsaan Sharon Wee mampu membuatkan atlet berasa selesa dengan kehadiran mereka. - Foto fail/Stadium Astro

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.