Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah sukar untuk meletakkan tarikh yang tetap untuk berlakunya peralihan kepimpinan negara.
"Kita kena kaji keadaan. Dalam angka, tarikh yang spesifik... jika kerja separuh selesai or atau belum selesai, susahlah," katanya ketika ditanya jika ada tarikh yang tetap untuk melaksanakan peralihan kuasa supaya rakyat tidak terlalu bimbang mengenai perkara ini.
Pada sesi dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York minggu lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU).
"Saya janji akan berundur sebelum PRU akan datang dan memberi laluan kepada calon lain. Jadi, saya mungkin ada lagi tiga tahun paling lama,"katanya seperti dilaporkan pada sesi dialog itu.
Mengikut perjanjian Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU14, Dr Mahathir akan dilantik sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun tiada tempoh masa khusus dinyatakan.
Mengenai desakan untuk menyegerakan peralihan kuasa Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, ia tidak pernah dibincangkan.
BACA: Isu peralihan kuasa PM tidak sepatutnya dibangkitkan lagi - Wan Azizah
Dilaporkan bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali mendesak peralihan kuasa disegerakan dan mendakwa hasrat Dr Mahathir untuk berundur sekurang-kurangnya tiga tahun lagi akan membunuh PH kerana Anwar tidak mempunyai masa mencukupi untuk berkempen dan mengatur sebarang rancangan.
- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 03 2019

Menurut Dr Mahathir, sebelum berundur, beliau harus mengkaji keadaan dan memastikan semua kerja selesai dilaksanakan. - Gambar BERNAMA
Pope Francis kini stabil dan bebas demam
Menurut kemas kini oleh Vatican pada Isnin, Pope Francis kini tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan dan sudah bebas daripada demam
Hanya sebab tutup suis televisyen suspek mengamuk bunuh ibu
Lelaki OKU mental berkemungkinan mengamuk selepas ibunya yang berusia 68 tahun dikatakan menutup suis televisyen dan memintanya makan ubat penenang.
JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti tazkirah yang disampaikan mufti wilayah persekutuan prof madya dr luqman abdullah bertajuk puasa dan hikmah madani: keseimbangan material dan spiritual, bersama kira-kira 400 warga JPM.

MITI sedang siasat dakwaan cip AI Nvidia dipindahkan ke Malaysia dari Singapura
Pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di Singapura yang mungkin mengandungi cip AI Nvidia, disyaki dipindahkan ke Malaysia.

Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Ia sejajar dengan komitmen utama kerajaan MADANI untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten.
Agenda AWANI: Dihimpit sekatan, ini Ramadan di Gaza
Rundingan bagi fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel menemui jalan buntu dengan terbaharu sekatan terhadap bantuan kemanusiaan menambahkan lagi cabaran buat usaha membina semula Gaza apatah lagi umat Islam ketika ini menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan? Diskusi 8.30 malam
Lindung kilang haram, SPRM beku 61 akaun bank
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 61 akaun bank yang dikaitkan dengan operasi sisa elektronik haram dalam Op Hazard, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Wang tunai RM170 juta, jongkong emas ditemui dalam peti besi
Wang tunai berjumlah RM170 juta dengan pelbagai mata wang asing dan 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta ditemui di sebuah kondominium yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
KKR lulus RM47.45 juta baik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat
Kementerian Kerja Raya telah meluluskan 16 arahan kerja bernilai RM47.45 juta, bagi membaik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat yang mengalami kerosakan teruk.
Kerajaan cadang peluasan fungsi sistem eCOSS
Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi mendapatkan pandangan yang lebih mendalam
menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, datuk armizan mohd ali berkata, selepas itu baru ia akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan..
menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, datuk armizan mohd ali berkata, selepas itu baru ia akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan..

Tun Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia
Dr Mahathir dilaporkan berkata pertemuan beliau dengan Jokowi menyentuh mengenai pembangunan kedua-dua negara.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.