Selaras dengan usaha untuk meningkatkan pemahaman mengenai amalan demokrasi serta pilihan raya di kalangan orang muda, Kementerian Pendidikan akan menambah baik sukatan pelajaran subjek Sejarah Tingkatan 4 dan 5, kata menteri berkenaan Maszlee Malik.
Beliau berkata penambahbaikan sukatan pelajaran itu turut meliputi pendedahan amali mengenai amalan demokrasi dan pilihan raya.
"Kita akan cuba perbaiki dan tambah beberapa elemen. Bukan sekadar apa yang mereka (pelajar) belajar dalam buku dan kelas, tetapi lebih daripada itu yang mana kita akan minta para guru membuat latihan amali untuk diperkenalkan kepada mereka.
"Pengamalan demokrasi juga bukanlah asing dalam keterlibatan kokurikulum. Kita sedang cuba untuk memperkenalkan di sekolah-sekolah dengan pelbagai perkara praktikal berkaitan pengamalan demokrasi dan pilihan raya itu sendiri," katanya pada sidang media selepas Majlis Penghargaan Akreditasi Emas Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) untuk Politeknik Malaysia di sini, hari ini.
Penambahbaikan sukatan pelajaran itu adalah susulan daripada Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi menurunkan had umur mengundi, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan umur calon bertanding pilihan raya kepada 18 tahun, yang diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai.
Sebelum ini, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan untuk menyediakan modul pendidikan pengundi kepada pelajar sekolah supaya mereka lebih bersedia dan memahami proses demokrasi dan pilihan raya di awal usia.
Sempena majlis hari ini, sembilan buah politeknik Malaysia menerima pengiktirafan Emas daripada APACC yang mana enam daripada mereka berada pada kedudukan sepuluh teratas.
Pengiktirafan tersebut dapat dijadikan penanda aras kecemerlangan aliran Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di rantau Asia Pasifik dalam aspek kualiti, kebertanggungjawaban serta kepercayaan awam terhadap politeknik Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2019
![Sukatan subjek Sejarah ditambah baik - Maszlee Sukatan subjek Sejarah ditambah baik - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561036836_MazleeMalik.jpg)
MASZLEE: Kita akan cuba perbaiki dan tambah beberapa elemen.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Lima universiti awam wujudkan kesatuan pelajar tahun hadapan Lima universiti awam wujudkan kesatuan pelajar tahun hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81555658657_Student.jpg)
Lima universiti awam wujudkan kesatuan pelajar tahun hadapan
Kekurangan penyertaan pelajar dalam sistem demokrasi di peringkat universiti menjadikan penyertaan golongan muda dalam proses membuat keputusan di peringkat negara, cukup rendah.
![Piagam Muafakat Nasional agenda keharmonian kaum Piagam Muafakat Nasional agenda keharmonian kaum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41568680440_TBPERHIMPUNAN.jpg)
Piagam Muafakat Nasional agenda keharmonian kaum
Ternyata, HPU ini menusuk kalbu banyak pihak hingga ada yang menitiskan air mata kerana terharu bahawa orang Melayu sudah mula bersatu.
![Sukatan subjek Sejarah ditambah baik - Maszlee Sukatan subjek Sejarah ditambah baik - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561036836_MazleeMalik.jpg)
Sukatan subjek Sejarah ditambah baik - Maszlee
Penambahbaikan sukatan pelajaran itu turut meliputi pendedahan amali mengenai amalan demokrasi dan pilihan raya.
![Pelan Penyatuan Nasional adalah proses ke arah budaya politik baru - Saifuddin Pelan Penyatuan Nasional adalah proses ke arah budaya politik baru - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/61374671026_295x200.jpg)
Pelan Penyatuan Nasional adalah proses ke arah budaya politik baru - Saifuddin
Datuk Saifuddin berpendapat langkah ini akan menjadikan amalan demokrasi di negara ini matang dan progresif.