SEPANG: Polis mengesahkan kehilangan seorang remaja perempuan dari Taman Salak Maju di sini, yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata laporan kehilangan Salsabila Putri Mad Nasir, 13, dibuat oleh abang remaja itu Mohammad Fitra Mad Nasir, di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira pukul 10 pagi semalam.
"Menurut laporan yang dibuat abangnya, kehilangan Salsabila Putri disedari pada pukul 2.30 pagi semalam (25 Dis).
"Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai Orang Hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Kamarul Azran berkata menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan homestay itu mendapati, Salsabila Putri telah keluar rumah dengan berpakaian serba hitam dan berjumpa dengan seorang lelaki, yang telah membawa remaja itu keluar daripada kawasan perumahan tersebut.
"Pengadu juga telah menghubungi adiknya beberapa kali tetapi tidak dapat," katanya.
Sementara itu, Mohammad Fitra ketika dihubungi berkata sebelum kejadian, adik bongsu dari enam beradik itu tidak merajuk atau bergaduh, dengan mana-mana ahli keluarga.
"Kami sekeluarga baru sampai dari Pulau Pinang dan kami datang ke sini untuk bercuti.
"Adik saya berketinggian 165 sentimeter dengan anggaran berat 50 kilogram," katanya, menambah semasa keluar dari homestay itu, Salsabila Putri berpakai serba hitam, berpelitup muka warna kelabu dan kasut bewarna kelabu.
Mohammad Fitra berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai adiknya untuk menghubungi beliau di talian 017-4807301 atau 011-11232617.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
Salsabila Putri dipercayai keluar rumah dengan berpakaian serba hitam dan berjumpa dengan seorang lelaki, yang telah membawa remaja itu keluar daripada kawasan perumahan tersebut. - Gambar hiasan
Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza
Kata Menteri Pertahanan Israel, rakyat Palestin boleh pergi "ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka."
Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
Remaja 17 tahun hilang sejak 29 Dis ditemukan selamat di Cheras
Nurul Fateha Nabila dijumpai di sebuah restoran di Batu 9, Cheras dan sepanjang kehilangan, remaja itu berada di rumah kawannya.
Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Polis Daerah Kajang menerima laporan berhubung kehilangan Yap Xin Yuan daripada keluarganya pada 2.15 pagi Jumaat.
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
Polis berusaha kesan Che Nor Qurratu yang hilang sejak 7 Nov
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang selepas ke kedai runcit sejak 7 Nov lepas.
Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas dan kali terakhir dilihat di Kampung Paya Chedung, Maran.
Remaja autistik hilang ditemukan lemas
Kehilangan seorang remaja autistik sejak Ahad berakhir tragedi apabila mayatnya ditemukan di Jeti Marina Bay di sini pada Isnin.
Polis kesan Nurul Alya Farzana, hilang depan sekolah
Remaja perempuan berkenaan dikenali sebagai Nurul Alya Farzana Zamri dan berusia 16 tahun.
Polis sahkan terima laporan kehilangan Saraliana
Polis sahkan terima laporan kehilangan Saraliana
Nur Humaira Syafiqah telah ditemui - Polis
Nur Humaira Syafiqah Naldi, ditemukan pada jam 1 pagi dalam keadaan selamat.