JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menggerakkan tiga aset milik baginda iaitu 'air boat' berkuasa tinggi bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa yang terjejas banjir di negeri ini.
Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Johor, 'air boat' berkenaan yang dikemudi oleh Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim memulakan perjalanan dari Jeti Gersik, Muar menuju ke lokasi pertama iaitu pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gombang yang menempatkan 47 keluarga, hari ini.
Tunku Abu Bakar kemudiannya ke lokasi kedua iaitu Jeti Galeri Darurat Bukit Kepong sebelum berkenan menyampaikan bantuan makanan di PPS SK Bukit Kepong yang menempatkan 42 keluarga, selain turut meluangkan masa meninjau keadaan lokasi yang terjejas banjir sepanjang perjalanan, meskipun dalam keadaan hujan.
Turut serta, Datuk Perdana Dalam Kolonel (Bersara) Datuk Mohamed Perang Musa; Pegawai Daerah Muar Hasrin Kamal Hashim; dan Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang.
Semalam, 'air boat' berkenaan yang juga dikemudi oleh Tunku Abu Bakar turut digunakan dalam penghantaran makanan ke Kampung Orang Asli Pucur, Kahang di Kluang selepas penempatan mereka dinaiki air.
Perjalanan itu mengambil masa hampir 40 minit dengan menyusuri Sungai Kahang dalam keadaan hujan lebat sebelum menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa terlibat.
Setakat 8 malam tadi, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 50,596 orang dengan daerah Batu Pahat menjadi daerah paling terjejas bencana dengan merekodkan 19,883 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023
![Sultan Ibrahim gerakkan tiga 'air boat' miliknya bantu misi banjir Sultan Ibrahim gerakkan tiga 'air boat' miliknya bantu misi banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678025876_SultanIbrahimSulta.jpg)
'Air boat' berkenaan yang dikemudi oleh Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim memulakan perjalanan dari Jeti Gersik, Muar menuju ke lokasi pertama iaitu PPS SK Gombang yang menempatkan 47 keluarga. - Foto Facebook Sultan Ibrahim
AWANI Borneo [12/2/2025] – Muktamad milik Sarawak| Penghubung Sabah dan Sarawak| Bantu golongan petani
Awani Borneo Rabu, 12 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
Kertas Kabinet cadangan wujud lembaga pemasaran pertanian Sabah akan dibentang
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, Kertas Kabinet tersebut dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri, akan datang.
KKR, SPRM perlu ambil tindakan terhadap konsesi gagal selenggara jalan
Kementerian Kerja Raya diminta untuk mengambil tindakan menamatkan konsesi yang gagal melakukan projek penyelenggaraan jalan persekutuan dengan baik.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) fasa dua yang menghubungkan kedua-dua wilayah itu tanpa melalui Brunei Darussalam akan mengambil masa sekurang-kurang lima tahun untuk siap.
Kurang tiga peratus projek JKR disklasifikasi projek sakit - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memeklumkan hanya ada satu atau dua projek yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya di negara ini yang diklasifikasikan sebagai projek sakit.
Abang Jo hargai peranan, keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak yang menjadi tulang belakang kepada kejayaanSarawak dalam rundingan menuntut organisasi strategik termasuk menerusi rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
AirBorneo tetap terima subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memberi jaminan bahawa Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) akan diteruskan kepada Air Borneo, sama seperti MASWings sebelum ini.
Pengambilalihan muktamad, MASWings bakal dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangaan Sarawak yang diambil alih daripada MASWings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
![Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355723_Generic.jpg)
Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pantau Agenda Reformasi: Kawalan, tindakan tegas jenayah senjata api
Ikuti ulasan Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri berkenaan tindakan untuk memastikan kawalan dan keselamatan orang ramai daripada jenayah berkaitan senjata api.
![Sultan Ibrahim disambut lebih 3,000 rakyat pada Jamuan Teh di Mersing Sultan Ibrahim disambut lebih 3,000 rakyat pada Jamuan Teh di Mersing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701963808_SultanIbrahimSulta.jpg)
Sultan Ibrahim disambut lebih 3,000 rakyat pada Jamuan Teh di Mersing
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar disambut lebih 3,000 rakyat pada majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Mersing dan Kota Tinggi di Stadium Mersing, hari ini.
![Prestasi Onn Hafiz, barisan exco baik dan sempurna - Sultan Ibrahim Prestasi Onn Hafiz, barisan exco baik dan sempurna - Sultan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678958635_IbrahimAlmarhum.jpg)
Prestasi Onn Hafiz, barisan exco baik dan sempurna - Sultan Ibrahim
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menzahirkan rasa puas hati dengan prestasi kerja Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan barisan exco kerajaan negeri.
![Sultan Ibrahim gerakkan tiga 'air boat' miliknya bantu misi banjir Sultan Ibrahim gerakkan tiga 'air boat' miliknya bantu misi banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678025876_SultanIbrahimSulta.jpg)
Sultan Ibrahim gerakkan tiga 'air boat' miliknya bantu misi banjir
Ia bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa yang terjejas banjir di negeri ini.
![YSIJ sumbang peralatan perubatan bernilai lebih RM28 juta YSIJ sumbang peralatan perubatan bernilai lebih RM28 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646484673_SultanIbrahimSulta.jpg)
YSIJ sumbang peralatan perubatan bernilai lebih RM28 juta
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Yayasan Temasek dari Singapura menyumbang pelbagai peralatan perubatan bernilai lebih RM28 juta.
![Sultan Ibrahim lancar Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor Sultan Ibrahim lancar Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81470499456_YayasanTLJ.jpg)
Sultan Ibrahim lancar Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor
Sultan Ibrahim turut berkenan menerima cek sumbangan berjumlah RM550,000 daripada kerajaan Johor dan syarikat berkaitan kerajaan negeri bagi mengisi tabung yayasan berkenaan.