SINGAPURA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.
Tharman berkata Singapura berharap untuk terus bekerjasama rapat dengan Seri Paduka Baginda yang merupakan sahabat karib kepada republik itu sejak sekian lama, bagi meningkatkan lagi hubungan antara kedua negara berjiran.
"Mewakili semua rakyat Singapura, kami amat berbesar hati bahawa Seri Paduka Baginda memutuskan untuk membuat Lawatan Negara pertama sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia, ke Singapura.
"Di bawah kepimpinan dan sokongan padu Seri Paduka Baginda, kita boleh bersama-sama meningkatkan lagi hubungan kerjasama dan persahabatan Singapura-Malaysia ke tahap lebih tinggi," kata Tharman dalam ucapannya di Jamuan Negara yang berlangsung di kediaman rasmi Presiden Singapura iaitu The Istana, malam ini.
Jamuan itu yang dihoskan Tharman, adalah bersempena Lawatan Negara Yang di-Pertuang Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, ke Singapura.
Ketua Negara Singapura itu berkata Tambak Johor yang menyambut ulang tahunnya yang ke-100, tahun ini, merupakan peringatan tepat pada masanya mengenai bagaimana lintasan darat paling sibuk di dunia itu bukan sekadar hubungan fizikal antara kedua-dua negara, tetapi juga menjadi simbol ikatan yang berkekalan.
"Mari kita bina atas ikatan ini, pada ketika kita melihat semula kepada ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kita tahun hadapan. Seperti kesemua jiran, kita mempunyai isu yang perlu diselesaikan, tetapi kita tidak seharusnya membiarkan perkara itu mengubah keseluruhan hubungan kita," katanya.
Tharman berkata kedua-dua negara perlu terus mencari cara yang saling menguntungkan dan mampan untuk bergerak ke hadapan dalam isu ini, pada ketika memfokuskan kepada banyak kerjasama yang positif dan yang baharu.
Presiden Singapura itu berkata adalah penting bahawa kerjasama antara Malaysia dan Singapura sebagai negara yang berfikiran sama dan ahli pengasas ASEAN diperkukuhkan di tengah-tengah persaingan kuasa besar yang semakin meningkat, dan hakisan ke atas perintah berasaskan undang-undang antarabangsa.
Tambah Tharman, pada ketika Malaysia bersedia untuk mengambil alih Kepegerusian ASEAN tahun hadapan, beliau yakin kedua-dua negara akan terus bekerjasama dengan baik untuk mengekalkan kesatuan, pemusatan dan kerelevanan ASEAN.
Beliau berkata tahun lepas, Singapura dan Malaysia telah mengumumkan beberapa perjanjian baharu untuk mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk inisiatif utama seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), namun ikatan kedua-dua negara lebih mendalam daripada kerjasama ekonomi, merangkumi bidang seperti sebagai warisan budaya, makanan dan sukan.
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah tiba di Singapura hari ini untuk lawatan negara dua hari ke republik itu.
Lawatan itu, yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta persekutuan pada 31 Jan, adalah atas jemputan Presiden Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan bersalam bersama Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan salam Israk dan Mikraj.

Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu 2025
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025.

Agong terima menghadap Rais Tatarstan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Rais (Presiden) Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov di Istana Negara hari ini.

Potret rasmi Agong, Raja Permaisuri mula diedar esok
Potret rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah akan mula diedarkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Agong sambut Hari Bapa bersama anakanda
Perkara itu dikongsikan Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.

Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.

Agong mahu penjelasan kelewatan pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menitahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing memberi penjelasan berhubung punca kelewatan pembinaannya.

Agong berkenan buat tinjauan udara sekitar Mersing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meninjau persekitaran daerah Mersing, Johor melalui udara.