JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Rabu berkenan menerima menghadap bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing.
Dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi baginda menyatakan, artis wanita yang menjadi ikutan ramai di peringkat global menghadap Sultan Ibrahim sebagai sebahagian daripada programnya sempena Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-34.
Urusan menghadap baginda itu dimudah cara oleh pengurus antarabangsa beliau, Jersey Chong, seorang anak Johor yang mahu memperkenalkan artis itu kepada bakal Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
"Sebagai anak Johor, saya rasa amat bangga Sultan saya akan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Kami menulis surat secara rasmi untuk memohon sama ada Bingbing boleh menghadap baginda.
"Kami rasa teruja apabila menerima jawapan daripada Tuanku Sultan yang berkenan menerima menghadap Bingbing," kata Chong kepada Royal Press Office di sini, menurut hantaran di Facebook itu.
Bintang filem itu ditemani ibunya, Zhang Chuanmei, seorang usahawan, menurut hantaran itu.
Selain Bingbing, adik lelakinya Fan Chengcheng juga seorang penyanyi pop dan pelakon terkenal di China.
Bingbing yang mempunyai 63 juta pengikut dalam Weibo ( platform media sosial di China mirip X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter) dan 4.1 juta pengikut Instagram, lazimnya ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.
Daya tarikan pecah panggungnya melangkaui filem China, dan pernah membintangi filem adiwira Hollywood - "X-Men: Days of Future Past", selain daripada filem Perancis dan Korea.
Sebagai seorang daripada artis wanita dunia yang mendapat bayaran tertinggi, Bingbing juga mengusahakan agensi pengurusan artisnya sendiri, sebuah syarikat pengeluar filem dan Fan Beauty - satu jenama kosmetik dan penjagaan kulit yang mendapat kejayaan besar di China.
Beliau juga menghiasai iklan Adidas, Louis Vuitton dan Moet, selain daripada produk gincu bibir hingga ke berlian.
Pada 2017, majalah Time memilih beliau untuk menghiasi kulit majalah itu.
Beliau juga dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh Global, menjadikan Bingbing sebagai satu-satunya artis wanita Asia yang terpilih. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada Rabu berkenan menerima menghadap bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

YDP Agong sokong kerajaan laksana penjimatan drastik, subsidi bersasar
Baginda turut mempersoalkan sama ada bebanan hutang itu yang mahu ditinggalkan pentadbiran negara kepada generasi muda nanti.

Agong titah Ahli Parlimen digantung 14 hari jika tidak jaga adab
Baginda turut memberi kebenaran kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang melampaui batas.

Sultan Johor terima menghadap Mohamed Khaled
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sultan Johor berkenan terima menghadap bintang filem China Fan Bingbing
Urusan menghadap baginda itu dimudah cara oleh pengurus antarabangsa beliau, Jersey Chong, seorang anak Johor yang mahu memperkenalkan artis itu kepada bakal Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Laungan "Daulat Tuanku" sambut kepulangan Sultan Ibrahim di Johor
Laungan "Daulat Tuanku" kedengaran sebaik kereta yang membawa Sultan Johor keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini.

Sultan Johor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara.

Sultan Ibrahim ingatkan penjawat awam hidup ikut kemampuan, elak rasuah
Sultan Johor Sultan mengingatkan penjawat awam di negeri ini daripada peringkat bawahan hingga ke atasan supaya hidup dalam kadar mengikut kemampuan sendiri.

Zon Ekonomi Khas, hab kewangan bakal lonjak Johor ke persada global
Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar membayangkan masa depan yang cerah bagi Johor, bertapak kukuh di persada global.

Sultan Johor sedia laksana tugas negara
Sultan Ibrahim yang mendahului senarai penggiliran menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan kesediaan memikul tanggungjawab itu.

Sultan Ibrahim terima menghadap Wan Junaidi
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.