Johor bakal menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki sebuah pusat pakar kanser secara komprehensif.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melancarkan Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (PERSADA), hari ini.
Ketika bertitah, Sultan Ibrahim menyifatkan pembinaan pusat kanser itu begitu signifikan dan sebagai memenuhi impian Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil untuk membantu pesakit kanser mendapatkan rawatan.
Turut hadir, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama Che Puan Khaleeda Bustamam, putera dan puteri baginda.
TLJCC bakal dibina di Iskandar Malaysia yang diterajui sebuah syarikat berasaskan kesihatan dari Singapura, Asian American Medical Group (AAMG), dibina khusus untuk rawatan, penyelidikan dan pendidikan mengenai kanser.
Fasa satu projek meliputi kemudahan diagnostik dan rawatan kanser terkini dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM300 juta dan berkeluasan kira-kira 14 ribu meter persegi.
Ia juga menawarkan 30 katil harian dan mampu merawat sehingga tujuh ribu pesakit dalam setahun.
Manakala fasa kedua merangkumi perkhidmatan pesakit dalaman termasuk satu sayap patuh syariah khusus bagi pesakit wanita.
Terdapat juga bilik pembedahan, mesin nuklear dan makmal advanced molecular diagnostic, kedai perubatan serta ruang runcit dan pejabat serta makmal.
Pembangunan dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini dan dijangka memulakan operasi pada penghujung tahun 2020.
Satu unit perubatan integratif juga akan dibentuk menggabungkan rawatan kanser barat dengan terapi tradisional seperti yoga, meditasi, akupunktur terapi andaroma atau herba turut didermakan oleh Sultan Ibrahim.
Shahrul Hassan
Sun Apr 01 2018

TLJCC memenuhi permintaan impian Almarhum Tunku Abdul Jalil.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Suasana sambutan, kemeriahan di perantauan
Suasana sambutan Ramadhan bersama Aisyah Azra , Rakyat Malaysia di Doha.
Yakin Medic sedia tembusi pasaran Singapura, sasar IPO suku keempat 2025
Yakin Medic Sdn Bhd, penyedia terapi sel stem terkemuka negara, merancang penyeneraian tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Singapura pada suku keempat 2025 atau awal 2026.

Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.

Isu peralihan kuasa Perdana Menteri sudah selesai - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, isu peralihan kuasa antara beliau dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah selesai di antara empat parti gabungan di dalam Pakatan Harapan (PH)

Ini dokumen Reformasi - Ucapan Pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK11
Ini kali pertama masyarakat dalam era Malaysia Baharu didedahkan dengan pelan yang disebut sebagai 'dokumen reformasi' yang komprehensif yang menggariskan hala tuju negara.