YAN: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini berkenan meninjau kesan bencana akibat fenomena kepala air yang berlaku pada 18 Ogos lepas di Titi Hayun di sini.
Keberangkatan tiba Sultan Kedah pada 9.45 pagi itu disambut Pegawai Daerah Yan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim dan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Pengajian Tinggi Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak Datuk Wira Ku Abd Rahman Ku Ismail.
Sebelum meninjau keadaan di sekitar kawasan Titi Hayun itu, Sultan Sallehuddin dipersembahkan taklimat mengenai kronologi insiden berkenaan oleh Tunku Iskandar Shah, diikuti taklimat daripada Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji serta Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang Abdullah Sulaiman.
Baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan peribadi kepada mangsa bencana itu menerusi Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Dalam kenyataan yang diedarkan kepada media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Paduka Bakar Din memaklumkan Sultan Sallehuddin menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi itu dengan mengharapkan mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut.
"Baginda turut berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar roh individu-individu yang terkorban dalam tragedi itu ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh," katanya.
Bakar berkata Sultan Kedah berharap fenomena itu dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua pihak supaya menghargai khazanah alam semula jadi dan memelihara serta menjaga alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
![Sultan Kedah berkenan tinjau kesan bencana di Titi Hayun Sultan Kedah berkenan tinjau kesan bencana di Titi Hayun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631768050_SultanSallehuddinS.jpg)
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah (tiga kiri) berkenan meninjau kesan bencana akibat fenomena kepala air yang berlaku pada 18 Ogos lepas di Titi Hayun hari ini. - Foto BERNAMA
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
!['Jeram Air Putih bukan tempat berkelah' - Penduduk 'Jeram Air Putih bukan tempat berkelah' - Penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688605477_JeramAirPutih.jpg)
'Jeram Air Putih bukan tempat berkelah' - Penduduk
Kawasan jeram berkenaan tidak sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti air terutama mandi-manda ketika musim hujan.
![Henti sementara aktiviti rekreasi, berkelah di kawasan berisiko - Bomba Henti sementara aktiviti rekreasi, berkelah di kawasan berisiko - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658049170_HutanSimpan.jpg)
Henti sementara aktiviti rekreasi, berkelah di kawasan berisiko - Bomba
Orang ramai diminta untuk menghentikan sementara aktiviti rekreasi dan perkelahan terutama di kawasan yang berisiko lemas dan kerap berlaku fenomena kepala air ketika musim tengkujuh ini.
![Pengunjung kawasan air terjun Hulu Selangor perlu peka cuaca, tanda kepala air Pengunjung kawasan air terjun Hulu Selangor perlu peka cuaca, tanda kepala air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662292874_SungaiBatangKali.jpg)
Pengunjung kawasan air terjun Hulu Selangor perlu peka cuaca, tanda kepala air
Kepala air berlaku apabila hujan lebat terjadi di bahagian hulu sungai walaupun cuaca di lokasi orang ramai mandi adalah baik.
![Bomba kenal pasti 21 lokasi berisiko kepala air seluruh Terengganu Bomba kenal pasti 21 lokasi berisiko kepala air seluruh Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662289043_BombaTerengganu.jpg)
Bomba kenal pasti 21 lokasi berisiko kepala air seluruh Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu mengenal pasti 21 pusat peranginan dan perkelahan di seluruh negeri yang berisiko dilanda fenomena kepala air.
![Dua empangan sabo akan segera dibina di Gunung Inas - Sanusi Dua empangan sabo akan segera dibina di Gunung Inas - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659509086_SanusiMdNor.jpg)
Dua empangan sabo akan segera dibina di Gunung Inas - Sanusi
Ia bagi memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kepala air di kawasan berpenduduk.
![Banjir Baling: Laporan penuh dijangka dibentang minggu depan Banjir Baling: Laporan penuh dijangka dibentang minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81657375205_TBBALINGBANJIR.jpg)
Banjir Baling: Laporan penuh dijangka dibentang minggu depan
Bencana itu diberikan keutamaan supaya jalan penyelesaian dapat segera dicari bagi mengelakkan tragedi sama berulang.
![Lebih banyak struktur sabo dibina kurangkan risiko banjir puing - PM Lebih banyak struktur sabo dibina kurangkan risiko banjir puing - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658408966_PusatRekreasiTiti.jpg)
Lebih banyak struktur sabo dibina kurangkan risiko banjir puing - PM
Kerajaan bercadang untuk membina lebih banyak 'struktur sabo' di seluruh negara dalam usaha untuk mengurangkan risiko banjir puing seperti yang berlaku di Baling, Kedah baru-baru ini.
![KPLB akan bina semula rumah 17 keluarga mangsa banjir Baling di tanah KEDA KPLB akan bina semula rumah 17 keluarga mangsa banjir Baling di tanah KEDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657805771_TBMAHDZIRKHALID.jpg)
KPLB akan bina semula rumah 17 keluarga mangsa banjir Baling di tanah KEDA
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membina rumah baharu bagi 17 keluarga yang hilang tempat tinggal dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di Kupang, 4 Julai lepas.
![Tidak perlu suruhanjaya, jabatan teknikal sedia ada mampu siasat punca banjir - Takiyuddin Tidak perlu suruhanjaya, jabatan teknikal sedia ada mampu siasat punca banjir - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657189403_TBTAKIYUDIN.jpg)
Tidak perlu suruhanjaya, jabatan teknikal sedia ada mampu siasat punca banjir - Takiyuddin
Takiyuddin berkata pelbagai jabatan teknikal yang berkaitan sedang membuat siasatan berhubung perkara itu dan akan membuat 'kesimpulan' serta menentukan punca tragedi itu.
![Sistem amaran awal bencana geologi dipasang di Titi Hayun - JMG Sistem amaran awal bencana geologi dipasang di Titi Hayun - JMG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654943071_TBMENARAAWAMRAN.jpg)
Sistem amaran awal bencana geologi dipasang di Titi Hayun - JMG
Sistem amaran awal bagi mengesan bencana geologi khususnya aliran puing dikenali sebagai EWS telah dipasang di Pusat Peranginan Titi Hayun.