ALOR SETAR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menzahirkan rasa dukacita kepada mangsa yang terlibat dalam tragedi aliran air deras ekoran fenomena kepala air yang berlaku di Gunung Jerai, Yan, Rabu lepas.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Paduka Bakar Din dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sultan Sallehuddin menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut dan berharap agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan itu.
"Baginda berharap dan berdoa agar individu yang hilang dapat dijumpai dalam keadaan selamat. Baginda turut berharap fenomena ini dapat dijadikan iktibar kepada semua pihak agar menghargai khazanah alam semula jadi dan memelihara serta menjaga alam sekitar.
"Baginda turut bertitah agar rakyat di kawasan terlibat hendaklah sentiasa berhati-hati, mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah ke pusat pemindahan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelak penularan COVID-19," katanya.
Beliau berkata Sultan Sallehuddin turut menzahirkan ucapan penghargaan terima kasih kepada kerajaan negeri Kedah, kerajaan Persekutuan, agensi kerajaan, petugas keselamatan, syarikat swasta dan individu yang telah mengambil tindakan segera membantu mangsa tragedi tersebut.
"Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada negeri-negeri lain yang terlibat dalam menghulurkan bantuan kepada negeri Kedah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 21 2021

Baginda turut berharap fenomena ini dapat dijadikan iktibar kepada semua pihak agar menghargai khazanah alam semula jadi. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sultan Kedah berkenan rasmi Aurelius Hospital Alor Setar
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan merasmikan Aurelius Hospital Alor Setar (AHAS) hari ini.

Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.

Sultan Kedah titah graduan kongsi bakat manfaatkan masyarakat
Sultan Kedah menitahkan para graduan berkongsi bakat dan kemahiran yang dimiliki agar dapat memberikan impak positif serta manfaat kepada masyarakat.

Sultan Kedah berkenan lawat mangsa banjir di PPS
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti hari ini.

Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.

Sultan Kedah sambut baik inisiatif Tahun Melawat Kedah 2025
Tahun Melawat Kedah 2025 berupaya meletakkan negeri Jelapang Padi itu sebagai destinasi pelancongan unggul, titah Sultan Sallehuddin.

Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah
Insentif fiskal ini dilihat akan dapat mengimbangi hasil dan perbelanjaan Negeri Kedah pada masa hadapan, titah Sultan Sallehuddin.

Fahmi menghadap Sultan Kedah, persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong
Fahmi menghadap Sultan Kedah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

Lebih 3,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir
Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Sultan Kedah gesa struktur Mahkamah Syariah disemak semula
Sultan Kedah menggesa kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.