MELAKA: Ahli perniagaan yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka', Noor Jan Tuah atau lebih dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19.
Noor Jan, 64, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor dan berita kematiannya tular di media sosial sejak tengah hari tadi dengan rata-rata di ruangan komen terdapat tanda pagar #covidfighter yang memberi gambaran beliau meninggal dunia akibat COVID-19.
Berita itu turut dikongsikan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah, yang juga aktivis, di laman Facebook rasminya hari ini.
Noor Jan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya Sultan Melaka.
Pada 3 Julai 2018, Mahkamah Sesyen Melaka melepas dan membebaskan Noor Jan daripada empat pertuduhan menipu serta menyamar sebagai Sultan Melaka di Majlis Istiadat di A'Famosa Resort, Alor Gajah, pada 10 malam 28 Dis 2013.
Mahkamah Tinggi turut membebaskan beliau pada April 2019 selepas pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Noor Jan berhubung empat pertuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 21 2021
!['Sultan Melaka' meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19 'Sultan Melaka' meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629548994_SultanMelaka.jpg)
Noor Jan, 64, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor dan berita kematiannya tular di media sosial. - Gambar/ Facebook Abdul Rani Kulup.
![ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739285769_TBISN.jpg)
ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.
![Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739271831_ICQS.jpg)
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
![Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok
Keluarga empat kanak-kanak itu telah memfailkan saman terhadap TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, di Amerika Syarikat.
![Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739283754_banjir.jpg)
Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini
Di Sabah, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 505 orang daripada 159 keluarga.
AWANI Ringkas: Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739269721_KPDNRampasan.jpg)
KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas pelbagai jenis aksesori pakaian tiruan bernilai RM72,767 di tiga premis berasingan sekitar Langkawi, semalam.
AWANI 7:45 [11/2/2025] – Tamatkan Konflik Palestin-Israel | Persepsi Rasuah Sektor Awam | Pemulihan Aset 1MDB Berterusan | Polis Yakin Dapat Tangkap Suspek
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia-Turkiye sepakat segerakan negara berdaulat Palestin, jadikan anggota PBB
- Malaysia kekal kedudukan ke-57 CPI 2024, segerakan reformasi tangani rasuah
- Walaupun DOJ dibubar, pemulihaan aset 1MDB diteruskan negara dunia
- Tekad buru suspek tembak di Setia Alam, sampai dapat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia-Turkiye sepakat segerakan negara berdaulat Palestin, jadikan anggota PBB
- Malaysia kekal kedudukan ke-57 CPI 2024, segerakan reformasi tangani rasuah
- Walaupun DOJ dibubar, pemulihaan aset 1MDB diteruskan negara dunia
- Tekad buru suspek tembak di Setia Alam, sampai dapat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
![AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739267504_TBKHAIRIEAHMAD.jpg)
AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar
Kecerdasan buatan (AI) bukanlah ancaman besar kepada masyarakat kerana ia tidak akan mampu menggantikan tugas manusia.
![Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698815307_TBaluminium.jpg)
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
![Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
!['Sultan Melaka' meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19 'Sultan Melaka' meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629548994_SultanMelaka.jpg)
'Sultan Melaka' meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19
Ahli perniagaan yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka', Noor Jan Tuah atau lebih dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19.
![Tahukah anda setiap bahagian rekaan Baju Melayu punya maksud tersendiri? Tahukah anda setiap bahagian rekaan Baju Melayu punya maksud tersendiri?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51557417603_untitled-design-(41).jpg)
Tahukah anda setiap bahagian rekaan Baju Melayu punya maksud tersendiri?
Anda mungkin tidak percaya yang setiap bahagian pada Baju Melayu mempunyai maksud tersiratnya sendiri.
![Menjejak mistik di puncak Gunung Ledang Menjejak mistik di puncak Gunung Ledang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61550406438_gunungledang.jpg)
Menjejak mistik di puncak Gunung Ledang
Legenda menceritakan puteri berkenaan dikatakan mempunyai rupa paras jelita menjaga Gunung Ledang dan dipercayai masih mendiami gunung itu hingga kini.
!['Sultan Melaka' didakwa, mengaku tidak bersalah 'Sultan Melaka' didakwa, mengaku tidak bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/81479363688_sultanmelaka.jpg)
'Sultan Melaka' didakwa, mengaku tidak bersalah
Seorang ahli perniagaan yang menggelar dirinya sebagai Sultan Melaka hari ini didakwa di mahkamah atas pertuduhan menyamar dan memperdaya empat lelaki.
![16 enakmen akan dipinda pada persidangan DUN - Idris Haron 16 enakmen akan dipinda pada persidangan DUN - Idris Haron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81462277663_IdrisHaron.jpg)
16 enakmen akan dipinda pada persidangan DUN - Idris Haron
Enakmen yang akan dipinda juga merangkumi penggunaan lambang, nama dan darjah kebesaran bagi mencegah penyalahgunaannya.
![Aura Puteri Gunung Ledang mendekati generasi baru Aura Puteri Gunung Ledang mendekati generasi baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/81426997115_295x200.jpg)
Aura Puteri Gunung Ledang mendekati generasi baru
Berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya sejak 20 Mac lalu, tidak keterlaluan untuk meletakkan skala pementasan konsert ini bertaraf dunia.
![Ahli perniagaan dakwa diri Sultan Melaka bebas dengan jaminan polis Ahli perniagaan dakwa diri Sultan Melaka bebas dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/51389696348_295x200.jpg)
Ahli perniagaan dakwa diri Sultan Melaka bebas dengan jaminan polis
Noor Jan Tuah dibebaskan selepas perintah tahanan reman sejak 15 Januari lepas berakhir hari ini.
!['Permaisuri': Suami sayalah 'Sultan Melaka' sebenar 'Permaisuri': Suami sayalah 'Sultan Melaka' sebenar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/51390132784_295x200.jpg)
'Permaisuri': Suami sayalah 'Sultan Melaka' sebenar
Seorang wanita yang mengelar dirinya sebagai permaisuri, mendakwa suaminya sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Melayu Melaka.
!['Sultan Melaka' direman untuk tiga hari lagi 'Sultan Melaka' direman untuk tiga hari lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/51389696348_295x200.jpg)
'Sultan Melaka' direman untuk tiga hari lagi
Polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret untuk menyambung reman ahli perniagaan Noor Jan Tuah selama tiga hari lagi.
![Lelaki dakwa Sultan Melaka ditahan reman 4 hari Lelaki dakwa Sultan Melaka ditahan reman 4 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/81389760456_295x200.jpg)
Lelaki dakwa Sultan Melaka ditahan reman 4 hari
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan bagi membolehkan polis menyiasat kes berkenaan di bawah Akta hasutan 1948.