KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah mengingatkan parti politik yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi supaya berkempen secara sihat dan menunjukkan akhlak serta teladan baik kepada rakyat.
Baginda bertitah politik kebencian seperti maki hamun dan caci maki perlu dielak agar tidak menjejaskan perpaduan ummah yang bermazhabkan Imam Syafie serta berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Beta berharap agar tidak berlaku di Terengganu pada pilihan raya kali ini budaya yang melampaui batas seperti memaki hamun dan sebagainya.
"Perbezaan politik tidak sepatutnya sesekali menggugat asas ini dan kita seharusnya belajar serta mengambil iktibar daripada kejatuhan empayar Islam Uthmaniyah di Turkiye dan Andalusia di Sepanyol," titah baginda.
Sultan Mizan bertitah demikian pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu Yang Ke-61 di Istana Syarqiyyah di sini hari ini.
Baginda turut bertitah selepas PRN, rakyat diharap dapat kembali sepenuhnya kepada kehidupan yang harmoni dan saling menghormati manakala kerajaan negeri boleh memperkasa sektor pelancongan bagi meningkatkan penjanaan ekonomi Terengganu serta penduduknya.
Titah baginda, di samping pelancongan pulau yang dianggap sinonim dengan Terengganu, produk baharu di tanah besar juga perlu diselaras dengan lebih berkesan bagi memastikan sektor itu terus berkembang.
Menurut baginda, Terengganu yang memiliki jajaran pantai terpanjang di Malaysia turut berpotensi mewujudkan taman kenderaan rekreasi (RV) yang mampu menarik pelancong seperti di Kampung Mangkuk, Setiu dan Pulau Kekabu di Marang.
"Pelancongan berasaskan komuniti (CBT) juga perlu dipertingkat oleh kerajaan negeri dalam meningkatkan pendapatan komuniti setempat. Program seumpama ini dapat diperkasa dengan penambahan bilangan kawasan CBT berdasarkan keunikan kawasan dan produk yang dihasilkan.
"Melalui program CBT juga, pemuliharaan alam semula jadi yang mampan, kesenian, kebudayaan dan warisan Terengganu dapat diteruskan," titah baginda.
Sultan Mizan turut menitahkan supaya semua pihak termasuk agensi kerajaan, pemilik hotel dan tetamu pulau menjaga serta mengawasi keadaan sekitar supaya keindahan, keunikan dan khazanah laut tidak tercemar.
Titah baginda, kerajaan negeri perlu mengambil serius perkara itu dengan memperketat langkah penguatkuasaan peraturan dan prosedur operasi standard di kawasan pelancongan bagi mendisiplinkan pemain industri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (kiri) berkenan bertitah pada Istiadat Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-61 Hari Keputeraan Sultan Terengganu. - BERNAMA

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Sultan Terengganu berkenan menyelam letak plak rasmi program labuhkan tukun tiruan
Selaman itu adalah simbolik perasmian Program Melabuh Tukun Tiruan Kuboid Juvenil Penghalang Pukat Tunda Terengganu Rekreasi.

Sultan Terengganu berkenan rasmi Hospital Sultan Zainal Abidin
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Hospital Sultan Zainal Abidin bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan baginda.

Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Sultan Mizan mahu kerajaan Terengganu perkasa kerjasama dengan Persekutuan
Sultan Terengganu menyarankan kerajaan negeri mengambil pendekatan komprehensif dengan memperkasakan jalinan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

Sultan, Sultanah Terengganu kurnia sumbangan Aidilfitri
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan sumbangan kepada fakir miskin dan pelajar sekolah sempena Aidilfitri.

Kerajaan Terengganu perlu cari kaedah, model terbaik dalam sistem pentadbiran - Sultan Mizan
Sultan Mizan mengingatkan kerajaan negeri supaya menggandakan usaha dan mempergiatkan aktiviti untuk menggalakkan pelaburan bagi memastikan Terengganu kekal kompetitif.

Rakyat Terengganu diingatkan patuhi kod etika pakaian selama tempoh berkabung
Seluruh rakyat Terengganu dinasihatkan untuk mematuhi kod etika berpakaian selama lima hari tempoh berkabung.

PM Anwar zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin atas kemangkatan bonda baginda.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin atas kemangkatan bonda.