"Daulat Tuanku!" Sultan Muhammad V hari ini ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, untuk memerintah Malaysia bagi tempoh lima tahun.
Istiadat Pertabalan di Istana Negara mengikut warisan Kesultanan Melayu itu adalah bagi menguar-uarkan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia telah mempunyai ketua negara yang baharu berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan.
Sultan Muhammad V, 47, sebelum ini melafaz sumpah memegang jawatan itu, pada 13 Dis lepas, bagi menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahannya pada tarikh tersebut.
Malaysia adalah satu daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan sistem penggiliran pemerintahan itu adalah satu-satu yang seumpamanya di dunia.
Istiadat Pertabalan itu disaksikan kira-kira 800 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut menyaksikan acara gilang-gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua-ketua Diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan.
Tiupan serunai diiringi paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D''Raja Kelantan yang memainkan lagu ''Raja Bertabal'' berkumandang di dalam Balairung Seri, Istana Negara, sebaik sahaja Sultan Muhammad V menyempurnakan lafaz ikrar Yang di-Pertuan Agong Ke-15.
Ia disusuli dengan laungan "Daulat Tuanku!" sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara Mej. Jen. (B) Datuk Mamat Ariffin Abdullah dan disahuti para hadirin di dalam Balairung Seri yang diadakan dengan penuh adat istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu.
Sejurus laungan itu, lagu ''Negaraku'' dimainkan oleh Pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia dan berserentak dengan itu tembakan meriam sebanyak 21 das.
Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V itu turut disiar secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Terdahulu, Istiadat Pertabalan itu dimulakan sebaik keberangkatan masuk Sultan Muhammad V ke Balairung Seri dengan diiringi tiupan serunai dan paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D''Raja Kelantan yang mengalunkan lagu ''Raja Berangkat''.
Keberangkatan masuk baginda didahului oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, serta diapit panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama selain diiringi oleh juruiring-juruiring baginda dan panglima-panglima lain yang membawa alat-alat kebesaran Diraja.
Cogan Alam dan Cogan Agama, kedua-duanya tongkat perak adalah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja yang begitu signifikan dalam istiadat pertabalan dan menjadi lambang kebesaran institusi Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Malaysia.
Sultan Muhammad V yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong iaitu ''Muskat'' (seperti kot hitam labuh) bersulam emas serta berseluar panjang bersulam di kaki dan memakai Tengkolok Diraja yang soleknya (bentuk ikatan) dinamakan ''Dendam Tak Sudah''.
Baginda juga memakai Pending Diraja, diperbuat daripada emas bertatahkan permata delima dengan lambang Kerajaan Persekutuan tertera di tengah-tengahnya bersama-sama tali bengkung yang diperbuat daripada kain sakhlat bertekat benang emas berbunga-bunga.
Di pinggang Seri Paduka tersemat Keris Pendek Diraja yang hulunya diperbuat daripada mata keris lama dengan bersarung gading bertatahkan emas.
Seri Paduka kemudiannya bersemayam di Singgahsana di Balairung Seri itu untuk Istiadat Pertabalan.
Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian menghadap Sultan Muhammad V bagi memohon perkenaan untuk memulakan Istiadat Pertabalan itu yang kemudian membuat pengumuman bahawa istiadat itu dizahirkan selepas mendapat perkenan baginda.
Sejurus selepas itu, Datuk Paduka Maharaja Lela memohon perkenan baginda untuk membawa masuk naskah Al-Quran dan baki alat-alat kebesaran Istiadat Pertabalan ke Balairung Seri.
Kemudian, dengan iringan tiupan serunai dan paluan gendang lagu ''Seri Istana'', Datuk Paduka Maharaja Lela diiringi Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz membawa masuk naskhah Al-Quran dan Keris Panjang Diraja yang juga merupakan Keris Kerajaan, Surat Pengisytiharan serta Warkah Ikrar yang dibawa oleh pegawai-pegawai Istana Negara lain, diikuti Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob.
Nashkah Al-Quran, yang merupakan lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara, kemudiannya disembahkan kepada Seri Paduka oleh Datuk Paduka Maharaja Lela yang disambut baginda lalu mencium naskhah suci itu dan meletakkannya di atas meja di sebelah kanan baginda.
Datuk Maharaja Lela kemudiannya menyampaikan Surat Pengisytiharan pertabalan kepada Perdana Menteri yang tampil ke hadapan Singgahsana, mengangkat sembah dan membacakan perisytiharan itu.
Ini diikuti dengan Datuk Paduka Maharaja Lela mempersembahkan Keris Kerajaan yang merupakan alat kebesaran utama negara kepada Yang di-Pertuan Agong.
Seri Paduka yang menerima keris berkenaan lalu menghunus dan mengucupnya, simbolik kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka, sebelum baginda menyarungkan semula keris itu dan meletakkannya di atas meja di sebelah kiri baginda.
Istiadat kemudian diteruskan dengan bacaan lafaz ikrar oleh Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia, mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara serta memelihara dengan sempurna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.
Sebaik sahaja selesai ikrar dilafazkan, tiupan serunai dan paluan gendang dengan lagu ''Raja Bertabal'' dimainkan, diikuti laungan ''Daulat Tuanku'' sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela diikuti para hadirin di dalam Balairung Seri.
Sejurus selepas itu lagu Negaraku dimainkan sekali lagi dan serentak itu tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan.
Perdana Menteri kemudiannya sekali lagi menghadap Seri Paduka untuk mempersembahkan Ucapan Tahniah dan Taat Setia atas pertabalan baginda sebagai mewakili kerajaan dan rakyat.
Sultan Muhammad V kemudian berkenan menyampaikan Titah Diraja, sebelum Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob membacakan doa selamat.
Selepas itu, naskhah Al-Quran dibawa turun dari Singgahsana oleh Datuk Paduka Maharaja Lela sebelum menyembahkan bahawa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 selamat disempurnakan.
Seterusnya, Balairung Seri sekali lagi didendangkan dengan gemersik tiupan serunai berserta gema paluan gendang yang memainkan lagu ''Raja Berangkat'' bagi mengiringi Seri Paduka meninggalkan istiadat yang didahului Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja serta diiringi panglima-panglima yang membawa alat-alat Kebesaran Diraja.
Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Okt 2016, bagi tempoh lima tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2017
Sultan Muhammad V hari ini ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, untuk memerintah Malaysia bagi tempoh lima tahun.
Lima hari hanyut di lautan, tiga nelayan kelaparan, air hujan penghilang dahaga
Asrulhisham bersama anak dan seorang lagi awak-awak diselamatkan oleh dua nelayan Aceh selepas lima hari bersabung nyawa di lautan.
Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera."
Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
'Kerjan' Undang Luak Rembau baharu berlangsung penuh istiadat
Istiadat pertabalan atau 'Kerjan' Undang Luak Rembau yang baharu Datuk Sedia Raja Abd Rahim Yassin berlangsung penuh istiadat hari ini.
Wayang pacak dipasang di semua 222 kawasan Parlimen 20 Julai ini, siar Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong - Fahmi
Sebuah 'wayang pacak' akan dipasang di semua 222 kawasan Parlimen pada 20 Julai ini bagi menayangkan siaran secara langsung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.
Isu tempat duduk Najib: 'Itu istana punya kerja, bukan saya' - Tun Mahathir
Perdana Menteri berkata urusan berkaitan kedudukan tetamu dan jemputan ke istiadat itu dikendalikan pihak Istana Negara.
Tempat duduk Najib pada istiadat pertabalan sudah ditetapkan awal - Mujahid
Najib mendakwa tidak dapat hadir ke istiadat itu setelah pada saat akhir tempat duduknya ditukar ke tempat duduk Orang Besar Pahang.
Rakyat Thai tidak hiraukan cuaca panas untuk saksi Perarakan Diraja
Walaupun cuaca di Bangkok mencecah 37 darjah Celsius, namun ia tidak melemahkan semangat rakyat Thailand untuk berkumpul sejak awal pagi untuk melihat Raja Vajiralongkorn.
Maaf para pelancong, festival Songkran di Bangkok tahun ini dibatalkan...
Pihak berkuasa Bangkok telah menjalankan kerja-kerja berkaitan istiadat pertabalan di sekitar kawasan Khaosan sempena istiadat pertabalan.
Modal insan penentu kejayaan negara - Agong
Hanya dengan modal insan yang berkualiti, rakyat dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing serta mampu menerokai dan memanfaatkan kelebihan dan sumber yang dimiliki.
Sistem raja berperlembagaan jamin kestabilan - Salleh
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong adalah lebih daripada sekadar simbolik dan tidak harus dianggap sebagai ketua negara yang hanya menurut kata.