IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis penutup serta penyampaian hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat negeri yang berlangsung dua hari, bermula Isnin di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru, di sini, malam tadi.
Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Idris Shah, Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Abdul Halim Shah.
Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzillah Abdul Halim.
Mohd Kamaruzaman Daud muncul johan qari manakala Nurul Syafiqah Nardi pula johan qariah dengan masing-masing meraih hadiah wang tunai RM10,000, replika ukuran cupak Nabi SAW berserta pakej menunaikan haji, hadiah iringan dan sijil.
Naib johan qari dimenangi Mohd Sahran Termizi dan Mohd Ashaari Lemaan di tempat ketiga, manakala naib johan qariah dimenangi Norhazira Nabila Mohammad Kamel dan Puteri Kalimatul Azzua Hamid di tempat ketiga.
Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM7,000 dan RM5,000 berserta sijil dan hadiah iringan.
Bagi hafazan pula, Muhammad Adib Ahmad Rozaini muncul johan qari bagi kategori 1-30 juzuk manakala qariah hafazan pula dimenangi adiknya, Aqilah Sulhi Ahmad Rozani dengan dua beradik itu meraih hadiah wang tunai RM10,000, replika ukuran cupak Nabi SAW berserta pakej menunaikan haji, hadiah iringan dan sijil.
Pemenang bakal mewakili Perak ke Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang dijadual berlangsung di Arena Butterworth, Pulau Pinang pada Jun depan.
- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023
Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan hadiah peserta terbaik Tilawah kepada Mohd Kamaruzaman pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak di sebuah hotel di Ipoh malam tadi. - fotoBERNAMA
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Kerajaan Thai digesa runding pembebasan warga tempatan
Kerajaan Thailand digesa untuk segera runding pembebasan warga tempatan yang berada dalam tahanan Hamas.
Pemeriksaan telefon bimbit hanya terhadap individu disyaki, bukan secara rambang - KPN
Polis hanya akan melakukan pemeriksaan telefon bimbit terhadap individu disyaki dalam sesuatu siasatan kes.
Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sultan Nazrin berkenan rasmi Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah.
Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.
“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.
Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.
Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.
Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan tengah hari kepada 7,800 prospek di Perak
Sultan Perak berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,800 prospek yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak.