TANJUNG MALIM: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan majlis sambutan 100 tahun penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.
Keberangkatan tiba Sultan Nazrin kira-kira 10 pagi itu turut diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md. Taff.
Sambutan berkenaan antara lain membentangkan kenangan dan menghargai sumbangan seluruh alumni pusat pengajian tinggi itu yang bermula dari era Sultan Idris Training College (SITC), Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) hingga era UPSI.
Selain pelancaran sambutan, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan melawat pameran berkaitan sejarah dan pencapaian UPSI sebelum beredar meninggalkan majlis.
Sementara itu, Noraini dalam ucapannya berkata rempuhan teknologi dan revolusi perindustrian 4.0 menuntut perubahan drastik sektor pendidikan tinggi negara agar lebih proaktif dan responsif kepada persekitaran.
"Pandemik COVID-19 umpamanya telah membuka mata segenap pelosok dunia tentang pentingnya kaedah pendidikan baharu berbanding kaedah pendidikan konvensional. Jadinya, inisiatif seperti pendigital adalah wajar untuk kita santuni," katanya.
Noraini berkata justeru, bentuk dan cara pembelajaran di universiti perlu disesuaikan mengikut zaman khasnya dengan perkembangan dan kepentingan teknologi.
Beliau menarik perhatian, UPSI juga perlu memberi penekanan kepada pendigitalan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan kepakaran yang ada pada akademia di UPSI sekaligus hasrat membantu negara dalam merangka sistem pendidikan yang holistik dan kalis masa depan akan dapat dicapai.
"Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa menyokong pelbagai usaha UPSI dalam memartabatkan mutu pendidikan negara. Dalam hubungan ini, saya meletakkan harapan yang tinggi, agar warga UPSI meneruskan perjuangan, memperkasa dan meneroka pelbagai pendekatan yang efisien dalam melonjakkan dunia pendidikan negara.
"Kami di KPT amat mengharapkan kepakaran UPSI dalam memperkenalkan kaedah terkini, meremajakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara konvensional kepada digital serta pembentukan kurikulum holistik berteraskan keinsanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan pelancaran Sambutan 100 tahun penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Dewan Tuanku Canselor hari ini. - Foto BERNAMA

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

100 tahun UPSI: Laluan Warisan Sejarah UPSI ibarat 'kampus dalam muzium', pertama di Malaysia
Laluan itu boleh dikunjungi orang ramai tanpa dikenakan bayaran, di mana mereka boleh melihat suasana kampus tersebut.

Sultan Nazrin berkenan lancar sambutan 100 tahun penubuhan UPSI
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan majlis sambutan 100 tahun penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini.