KUALA LUMPUR: Buku Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Globalization: Perak's Rise, Relative Decline, and Regeneration, yang dilancarkan oleh baginda hari ini mengandungi beberapa cadangan mengenai langkah yang boleh dilakukan Perak untuk terus merangsang ekonomi dan meningkatkan kebajikan penduduk di negeri itu.
Menerusi buku berkulit keras setebal 566 muka surat itu, Sultan Nazrin mengemukakan cadangan berkenaan, susulan analisis mendalam baginda selama dua abad tentang perubahan impak globalisasi baik positif mahupun negatif terhadap Perak serta bandar dan komunitinya.
"Saya membandingkan negeri ini dengan wilayah lain yang mempunyai banyak sumber semula jadi termasuk Cornwall dan Sheffield di United Kingdom, serta Pittsburgh dan Scranton di Amerika Syarikat.
"Semua tempat pada mulanya makmur, namun kehilangan daya saing, kemudian terjejas oleh kuasa globalisasi sama yang sebelum ini memberikan kebaikan kepada mereka. Walaupun Sheffield, Pittsburgh dan Cornwall telah menemukan cara baharu untuk berkembang maju, namun Scranton masih belum pulih.
"Pertumbuhan awal Perak didorong oleh bijih timah dengan aliran modal, teknologi dan idea baharu dari Cornwall pada dekad pertama zaman kolonial. Menjelang akhir abad ke-19, pengeluaran bijih timah di Perak telah melebihi Cornwall," menurut Sultan Nazrin dalam Titah Diraja pada majlis pelancaran buku berkenaan.
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berangkat pada majlis itu. Yang turut hadir ialah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj.
Sultan Nazrin bertitah kemakmuran Perak berterusan, dipacu oleh ledakan getah yang luar biasa, didorong oleh pengeluaran kereta besar-besaran dan rakyatnya menikmati taraf hidup yang semakin meningkat.
Baginda bertitah bandar dan penempatan baharu telah diwujudkan, sekolah dan hospital dibina, dan infrastruktur Perak adalah antara yang paling maju di Semenanjung.
"Selepas kemerdekaan, Perak mengalami keadaan yang kurang memberangsangkan. Masih bergantung pada eksport bijih timah dan getah, ia terdedah pada perubahan mendadak dalam permintaan global serta saingan sumber bekalan.
"Ia mula ketinggalan dari negeri-negeri di Malaysia yang lebih mendapat manfaat daripada globalisasi ekonomi yang mulai berlaku.
"Apa yang dipanggil oleh ahli ekonomi sebagai 'aglomerasi ekonomi', memihak kepada lokasi yang beranjak dahulu dalam pembangunan industri, mempunyai kepadatan ekonomi lebih besar dan memiliki rangkaian pengangkutan lebih baik dengan dunia luar, semua kawasan, yang Perak kekurangan dari segi itu," titah baginda.
Baginda bertitah golongan belia yang berkemahiran di negeri ini mula berhijrah ke negeri jiran yang mempunyai lebih banyak peluang dan pendapatan lebih tinggi.
Kejatuhan bijih timah pada 1985 menurut Sultan Nazrin, menyaksikan harga logam itu merosot separuh dalam beberapa tahun sahaja, membawa kehancuran kepada masyarakat Perak dan kehilangan pekerjaan besar-besaran serta penutupan lombong-lombong yang mempercepat aliran keluar penduduk.
"Bandar bijih timah di Perak kehilangan kemahiran dan kebijaksanaan golongan yang bekerja di lombong dan industri berkaitan. Menjelang awal 1990-an, industri bijih timah dan getah - yang menjadi asas pembinaan negeri moden - semakin berkurangan.
"Sejak itu, Perak mempelbagaikan ekonominya dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan, dan memodenkan sektor pertanian untuk membina semula asas ekonomi negeri itu. Usaha yang besar ditumpukan pada proses ini dan terdapat banyak kisah kejayaan dalam semua sektor berkenaan," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah walaupun sejarah Perak menunjukkan beberapa kelemahan berkaitan pertumbuhan yang dipacu eksport, namun ia juga menonjolkan potensi peningkatan besar apabila sumber asli bersesuaian dengan permintaan global untuk mewujudkan kelebihan perbandingan.
Baginda bertitah tidak dinafikan Perak terjejas apabila corak perdagangan global berubah, namun ia juga mendapat manfaat yang besar.
Titah Sultan Nazrin, dengan Visi Baharu, Perak diharapkan dapat memandang ke hadapan kemakmuran yang berpanjangan.
"Ada antara anda yang mungkin bertanyakan mengapa saya menulis buku mengenai globalisasi dan mengapa sekarang? Idea ini tercetus sebahagiannya semasa kajian bagi buku-buku saya sebelum ini, kerana sifat unik pengalaman Perak begitu jelas.
"Saya ingin mengkaji lebih lanjut, dengan melihat secara mendalam terhadap pembangunan sejarah negeri ini, dan kaedah ia dibentuk oleh proses globalisasi," titah bagida.
Sultan Nazrin bertitah dengan mengambil perspektif jangka panjang, baginda merasakan bahawa pandangan lebih mendalam dapat diperoleh mengenai situasi semasa Perak dan pelbagai cabaran yang bakal dihadapi, terutamanya dalam tempoh ketidaktentuan global yang semakin memuncak ini.
Dalam pada itu, Sultan Nazrin menzahirkan penghargaan kepada Profesor Tim Harper kerana datang ke Malaysia untuk menyertai pelancaran buku berkenaan dan pasukan daripada Oxford University Press atas kerja cemerlang dalam menerbitkan buku itu.
Buku ini merupakan hasil tulisan baginda yang ketiga. Buku pertama bertajuk Charting the Economy: Early 20th Century Malaya and Contemporary Malaysian diterbitkan pada Januari 2017, manakala yang kedua berjudul Striving for Inclusive Development: From Pangkor to a Modern Malaysian State diterbitkan pada Julai 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024

Sultan Nazrin berkenan menyerahkan buku bertajuk “Globalization: Perak's Rise, Relative Decline, and Regeneration” kepada Ahli Sejarah, Prof Tim Harper (kanan) hari ini.- Foto Bernama
Jepun adakan lelongan pertama beras simpanan - Laporan
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun telah melelong 150,000 tan beras daripada simpanan negara dalam tender pertama yang bertujuan untuk memerangi kenaikan harga.
Lima cedera pesawat ringan terhempas, terbakar
Lima termasuk juruterbang dilaporkan cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di tempat letak kereta sebuah komuniti persaraan berhampiran lapangan terbang kecil di pinggir Pennsylvania.

Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.
Tumpuan Selasa – 11 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kertas cadangan autonomi tambahan C4P dikemukakan kepada JPA pada Mei
Kementerian Kesihatan kini berada di peringkat akhir dalam penyediaan kertas cadangan bagi memberikan autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P).
AWANI Tonight 10 March 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews

Sabah Maju Jaya: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
10 Berita Pilihan - (10 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Ia berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Hospital UTAR di Kampar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara Hasil LHDN Teluk Intan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Menara Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Teluk Intan.

Titah penuh Sultan Nazrin sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64
Titah penuh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64 hari ini.

“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.

Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.

Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.

Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.

Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.

Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan tengah hari kepada 7,800 prospek di Perak
Sultan Perak berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,800 prospek yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak.