Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Isnin berangkat meninggalkan Istana Negara setelah menamatkan tugas memangku Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan.
Sultan Nazrin yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sebelum itu berkenan menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat sebelum pasangan diraja berkenaan meninggalkan perkarangan Istana Negara kira-kira 5 petang.
Istiadat yang berlangsung di Dewan Seri Maharaja dimulakan dengan bacaan warkah menjunjung kasih oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Istiadat diteruskan dengan penyampaian cenderamata oleh Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali kepada pasangan diraja itu.
Keberangkatan pulang baginda berdua ke Istana Hinggap Perak di sini diiringi lambaian 500 pegawai dan warga kerja Istana Negara.
Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan isteri Datin Seri Hamidah Osman mengiringi keberangkatan baginda berdua.
Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Sejurus tiba di Istana Hinggap Perak, panji peribadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong diturunkan oleh lapan anggota tentera diketuai Staf Sarjan Mohd Shaiful Abdul Rashid.
Panji tersebut dilipat dan diserahkan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Istiadat di Istana Perak diakhiri dengan upacara menaikkan panji peribadi Sultan Perak.
Pada 2 Nov lalu, Sultan Nazrin Shah menandatangani watikah perisytiharan menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong sepanjang ketiadaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sehingga hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 31 2018

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim tiba di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur, selepas Istiadat Mengucap Selamat Berangkat, 31 Dis, 2018. --fotoBERNAMA
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Permukiman Jemaah Menteri: 'Saya tak kata semua sempurna, tapi bangga mereka ambil serius teguran' - PM
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

ADUN Air Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

Sultan Nazrin tamat tugas memangku YDP Agong
Keberangkatan pulang baginda berdua ke Istana Hinggap Perak di sini diiringi lambaian 500 pegawai dan warga kerja Istana Negara.

Sultan Nazrin jalankan tugas Yang di-Pertuan Agong
Perisytiharan itu bagi membolehkan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas ketika Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V beristirahat menjalani rawatan bermula hari ini.