IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan pemimpin kerajaan negeri yang dilantik supaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan ikhlas, jujur, adil dan saksama berlandaskan Perlembagaan serta berteraskan undang-undang.
Baginda bertitah mereka hendaklah bersifat adil mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan secara saksama tanpa prejudis, diskriminasi dan penindasan kepada mana-mana pihak.
"Oleh itu, rakyat jangan dihukum untuk menanggung kesusahan, di sebaliknya dengan menjunjung semangat demokrasi, kepentingan dan kebajikan setiap rakyat jelata hendaklah berada di hati pemimpin dan senantiasa diutamakan," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Terdahulu, Sultan Nazrin berkenan memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan Utama diketuai DSP Mohamad Rafizul Rosdi dan Pegawai Pemeriksa ASP Mohd Al-Hakim Al-Bakhri, terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota Batalion 1, Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Ulu Kinta diiringi Pancaragam Akademi Tentera Udara Diraja Malaysia, Ipoh.
Baginda bertitah, penduduk Perak berjumlah 2.52 juta orang terdiri daripada tiga kaum terbesar iaitu 61.5 peratus berbangsa Melayu dan bumiputera, 26.7 peratus bangsa Cina dan 11.3 peratus India yang mengamalkan pegangan agama yang berlainan, mewarisi budaya yang beraneka dan menguasai pelbagai bahasa.
Sultan Nazrin bertitah pandangan ekstrem berunsur kaum dan agama, berbentuk hasutan yang boleh menyemaikan rasa benci serta berpotensi mencetuskan permusuhan sesama warga wajib dihentikan.
Baginda bertitah tindakan tegas wajib diambil segera untuk menghentikan aktiviti mana-mana pihak sama ada secara ucapan atau perbuatan yang meracuni fikiran dan membakar emosi rakyat dengan mengeksploitasi isu-isu agama dan kaum.
BACA: Tindakan tegas, segera perlu diambil henti perbuatan racun fikiran rakyat isu kaum, agama - Sultan Perak
Titah Sultan Nazrin, kestabilan politik merupakan penentu kepada pemulihan serta pembangunan ekonomi dan kerajaan baginda akan berusaha memastikan ekosistem politik berada dalam keadaan yang stabil.
"Rakyat memerlukan tadbir urus ekonomi yang cekap untuk membolehkan kegiatan ekonomi kembali rancak. Rakyat mahukan kerajaan yang bijak mengurus sumber-sumber negeri, dan tegas mengawal ketirisan dan kebocoran sumber, serta bersungguh mengelakkan pembaziran.
"Rakyat mahukan urus tadbir yang telus dan amanah serta bebas daripada perbuatan pecah amanah dan perlakuan rasuah," titah baginda.
Justeru, Sultan Nazrin bertitah amatlah penting untuk kerajaan Perak mendengar dan memahami keresahan yang sedang dihadapi rakyat, antaranya pengangguran, kos sara hidup yang tinggi, jaminan bekalan dan keselamatan makanan, kelestarian alam sekitar serta kemudahan-kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan serta perhubungan awam dan komunikasi digital yang berkualiti.
"Oleh itu, kerajaan Beta akan memikirkan langkah-langkah strategik bersama Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan iklim pelaburan yang meyakinkan semoga dapat menambah peluang pekerjaan, menangani kos sara hidup rakyat, serta mengikhtiarkan langkah yang dapat menjamin bekalan dan keselamatan makanan, juga menambah baik kemudahan-kemudahan sosial dan perkhidmatan," titah baginda.
Dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu dan situasi negara sedang menghadapi bebanan hutang yang tinggi, Sultan Nazrin mahu agar perbelanjaan negeri memberikan fokus kepada perkara-perkara yang menghasilkan manfaat langsung kepada rakyat di samping melaksanakan secara bersungguh langkah-langkah berjimat cermat dan menghentikan perbelanjaan berunsur pembaziran.
"Kerajaan Beta akan mengambil ingatan mesej utama rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-15 yang menolak amalan rasuah, ketirisan kewangan, salah guna kuasa dan perbuatan pecah amanah," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Sultan Nazrin berkenan memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan Utama diketuai DSP Mohamad Rafizul Rosdi dan Pegawai Pemeriksa ASP Mohd Al-Hakim Al-Bakhri. -Bernama
JSJ Bukit Aman cadang teliti semula beberapa undang-undang jenayah lapuk
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melihat terdapat keperluan untuk meneliti semula beberapa undang-undang pencegahan jenayah yang sudah lapuk untuk disesuaikan dengan situasi semasa.
Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion
Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
KEMAS jalankan kajian menyeluruh keperluan naik taraf, baik pulih tabika
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung keperluan menaik taraf dan baik pulih Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS di seluruh negara.
Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki
Azam berkata kelulusan pinjaman peribadi daripada bank biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk diluluskan.
Inisiatif Lestari Niaga perkasa peniaga kecil dan tarik pelancong - Dr Zaliha Mustafa
Langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKL.
Polis Perak kenal pasti 21 kawasan 'blackspot' kemalangan
Polis Perak mengenal pasti 21 lokasi blackspot atau kawasan sering berlaku kemalangan ketika musim perayaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
AWANI Ringkas: "Cecelia Yap Song KL" mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS
SC hari ini melancarkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan rakan setara (P2P) berdaftar dengan SC di bawah sistem e-perolehan kerajaan.
Proses dadah: Bekas mekanik dibebas dan dilepas, empat warga India dipenjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas mekanik atas pertuduhan memproses 22.02 kilogram methamphetamine pada 2018.
Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sultan Nazrin berkenan rasmi Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah.
Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.
“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.
Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.
Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.
Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan tengah hari kepada 7,800 prospek di Perak
Sultan Perak berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,800 prospek yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak.