Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Prince of Wales, Putera Charles berangkat melawat ke Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Lawatan ini adalah sebahagian daripada rangka lawatan Putera Charles dan isteri Camilla, Duchess of Cornwall ke Malaysia sempena ulang tahun ke-60 hubungan Malaysia-UK.
Sultan Nazrin dan Putera Charles berkenan melawat galeri utama yang menempatkan koleksi seni bina masjid dari serata dunia dan seni khat.
Antara koleksi yang menjadi tumpuan ialah helaian Al-Quran yang ditulis pada velum atau kulit anak lembu dan kambing dari abad ke 7 hingga 10 Masihi.
Sultan Perak dan Putera Charles kemudian berangkat ke ruang legar Muzium Kesenian Islam untuk bertukar cenderamata dan melihat koleksi dari The Prince’s School of Traditional Arts.
Sultan Nazrin dan Putera Charles turut berkenan bertemu dif-dif kehormat termasuk Pengarah Urusan Khanazah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin.
Ini adalah lawatan pertama Putera Charles dan Camilla ke Malaysia.
Kedua pasangan diraja ini akan melawat Perak, Sarawak dan Pulau Pinang selepas Kuala Lumpur.
Rizal Zulkapli
Fri Nov 03 2017
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bersama Prince of Wales Putera Charles ketika lawatan di Muzium Kesenian Islam Malaysia hari ini. -Bernama
Malaysia perlu manfaat kepengerusian ASEAN, bukti perpaduan
Malaysia perlu berupaya memanfaatkan kesempatannya sebagai pengerusi ASEAN 2025 untuk memposisikan diri sebagai medium suara negara-negara ASEAN.
Trump ampunkan 1,500 pesalah insiden 6 Januari
Donald Trump mengampunkan kira-kira 1,500 penyokongnya yang menyerang Capitol Amerika Syarikat empat tahun lalu, hanya beberapa jam selepas kembali sebagai Presiden pada Isnin.
Keputusan mengampunkan penyokong yang terlibat dalam serangan Capitol pada 6 Januari 2021 dijangka membangkitkan kemarahan polis, ahli parlimen, dan mangsa yang hidupnya terancam dalam insiden tersebut.
Keputusan mengampunkan penyokong yang terlibat dalam serangan Capitol pada 6 Januari 2021 dijangka membangkitkan kemarahan polis, ahli parlimen, dan mangsa yang hidupnya terancam dalam insiden tersebut.
Trump umum pengunduran AS dari WHO
Amerika Syarikat akan menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), umum Presiden Donald Trump.
Beliau berkata pengunduran tersebut adalah disebabkan badan itu gagal menangani pandemik COVID-19 dan krisis kesihatan lain dengan berkesan.
Beliau berkata pengunduran tersebut adalah disebabkan badan itu gagal menangani pandemik COVID-19 dan krisis kesihatan lain dengan berkesan.
Fahmi luang masa ziarah pemimpin, mantan pemimpin PKR Kelantan
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meluangkan masa menziarahi seorang mantan pemimpin PKR Kelantan semasa berada di negeri itu semalam.
Pihak Berkuasa Palestin umum kesediaan ambil alih kawalan ke atas Gaza
PA akan bekerjasama dengan negara dan organisasi sekutu, termasuk EU dan Mesir, untuk menguruskan Gaza dan Tebing Barat serta melatih pasukan PA.
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Langkah ini merupakan usaha penting oleh Kementerian Sumber Manusia dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia melalui pelbagai inisiatif.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Pendatang Israel bakar rumah, kenderaan Palestin dalam serangan Tebing Barat
Pendatang haram Israel melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
Ekonomi Era Trump: Siapa untung, siapa rugi?
Bersama Prof. Dr. Muhammad Fuad Othman
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Profesor Pusat Pengajian Antarabangsa, COLGIS, UUM
Harith Iskander teruja dapat bertemu Putera Charles
Harith menerusi entri di Instagram (IG) menyifatkan pertemuan selama satu minit itu sebagai sesuatu yang amat berharga dan berbangga dapat bertemu Putera Charles.
Camilla kagum saksi persembahan di Teochew Puppet and Opera House
Sejarah tercipta apabila Camilla, Duchess of Cornwall, menyaksikan buat pertama kali pertunjukan boneka dan opera yang dipersembahkan kumpulan Teochew Puppet and Opera House, di sini hari ini.
Sultan Perak, Putera Charles hayati karya seni Islam
Lawatan ini adalah sebahagian daripada rangka lawatan Putera Charles dan isteri, Camilla, Duchess of Cornwall ke Malaysia sempena ulang tahun ke-60 hubungan Malaysia-UK.