Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu perjanjian penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini dimuktamadkan segera mengikut perjanjian utama yang ditandatangani kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan pada 12 Sept 2014.
Baginda menggesa supaya proses itu dijalankan berlandaskan semangat dan terma perjanjian utama serta tidak dipolitikkan mana-mana pihak agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi memenuhi keperluan pembangunan serta kehidupan rakyat Selangor.
Sultan Sharafuddin juga menitahkan supaya kerajaan Selangor sentiasa bersedia dengan langkah-langkah terbaik untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi bagi keperluan domestik dan industri.
"Beta yakin pendekatan 'bersemuka dan berbincang' dapat menyelesaikan persoalan ini secara adil demi menjamin perkhidmatan air terawat yang lebih efisien dan mesra rakyat kepada seluruh warga negeri Selangor.
"Beta juga mahu Memanda (menteri besar) Beta meneruskan sikap tegas mempertahankan kedaulatan negeri Selangor dan kepentingan rakyat," titah baginda semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin mahu usaha menggantikan tanah rizab Melayu yang telah dibatalkan akibat projek-projek pembangunan di negeri ini dapat dilaksanakan segera dan bentuk penggantian tersebut haruslah 'serupa keadaannya' serta mempunyai nilai pasaran yang kompetitif.
"Wajar diingatkan agar hak-hak orang Melayu dan Bumiputera mesti dipertahankan termasuk jumlah keluasan tanah rizab Melayu selaras dengan Perkara 89, Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan," titah baginda.
Baginda juga menegaskan pengurusan alam sekitar dan ekosistem melalui pemuliharaan hutan simpan kekal dan penanaman pokok di Selangor mesti diberi perhatian sebagai iktibar susulan banjir yang berlaku di pantai timur Disember lepas.
Sehubungan itu, baginda menitahkan supaya kerajaan Selangor sentiasa memelihara hutan simpan kekal di negeri ini dan memastikan jumlah keluasannya harus tidak kurang 30 peratus daripada keluasan tanah sedia ada.
Sultan Sharafuddin bertitah kerajaan Selangor perlu menggubal dasar-dasar negeri mengikut keutamaan betul dan selaras dengan tuntutan Maqasid Syariah, iaitu gagasan penting dalam Islam yang sentiasa relevan dengan perubahan zaman.
"Beta berharap Memanda Datuk Menteri Besar (Mohamed Azmin Ali) dapat meneruskan amanah kepimpinan dengan baik di samping mencatat beberapa kejayaan dalam tempoh singkat serta pendekatan kerja secara hands-on dan lebih responsif terhadap permasalahan rakyat," titah baginda.
Sultan Sharafuddin mahu setiap rakyat Selangor tanpa mengira kaum, agama dan budaya dapat merasakan hak mereka terjamin selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan hakikat bahawa rakyat adalah aset terpenting dalam memacu pertumbuhan dan menarik pelabur.
Titah baginda, kepesatan ekonomi Selangor kini bakal menarik lebih banyak rakyat berhijrah ke negeri ini dan dijangkakan kepadatan penduduk mampu mencapai sehingga sembilan juta orang menjelang 2035.
Berikutan itu, baginda menyatakan permintaan bagi perumahan mampu milik akan menjadi lebih mendesak pada masa depan dan keperluan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam dilihat semakin mencabar.
"Beta berkenan usaha kerajaan negeri untuk membina 15,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh tiga tahun ini dan berharap ia dapat dilipatgandakan sebagai usaha memenuhi permintaan sebanyak 40,000 unit," titah baginda.
Sultan Sharafuddin turut menzahirkan harapan supaya Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dapat menyasarkan nisbah pengangkutan awam kepada kenderaan persendirian pada kadar 60:40.
Bernama
Mon Mar 30 2015
Sultan Sharafuddin juga menitahkan supaya kerajaan Selangor sentiasa bersedia dengan langkah-langkah terbaik untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi bagi keperluan domestik dan industri. - Foto Bernama
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Usaha segera tangani kekurangan bekalan buah kelapa
Pahang mengakui berhadapan kekurangan bekalan buah kelapa sejak Ogos lepas dan usaha menyelesaikan masalah itu sedang ditangani segera oleh kerajaan negeri.
PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha
Mustapha berkata walaupun menyedari banyak parti turut mengintai dua DUN berkenaan, namun PKR tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan kerusi itu.
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.
PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo
PSB menyatakan sokongan penuh kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.
MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.
PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada PRN bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.