Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli oleh pembesar-pembesar negeri di Istana Alam Shah di sini hari ini.
Pembesar yang melafazkan sumpah setia kepada Sultan dan negeri itu ialah Orang Besar Bergelar, Datuk Tengku Iskandar Shah Tengku Ismail Shah, dua Orang Besar Istana, Datuk Syed Budriz Putra Jamalullail Syed Amir Abidin Jamalullail dan Datuk Tengku Ardy Esfandiari Tengku Abdul Hamid.
Turut melafazkan sumpah setia ialah Orang Besar Daerah Sepang, Prof Datuk Dr Tengku Jamaluddin Tengku Mahmud Shah dan Datuk Diraja Selangor, Datuk Richard Alexander John Curtis.
Kira-kira 300 tetamu termasuk kerabat Diraja Selangor dan pemimpin kerajaan negeri hadir ke majlis berkenaan yang kali terakhir diadakan pada 2005.
Mengikut adat istiadat pengurniaan, mereka yang melafaz sumpah pada hari ini, perlu meninggalkan negeri Selangor selama tujuh hari dan kembali semula bagi menyempurnakan Istiadat Menjunjung Duli yang dijadual Sabtu depan (27 Feb).
Bernama
Sat Feb 20 2016

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan mengurniakan keris panjang kepada Datuk Diraja Selangor Datuk Lela Jasa Diraja, Datuk Richard Alexander John Curtis pada majlis Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli. - Bernama
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli oleh pembesar-pembesar negeri di Istana Alam Shah hari ini.