PELABUHAN KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kapal Diraja (KD) Pahang dan KD Terengganu di Pangkalan TLDM, di sini, pada Sabtu.

Sultan Sharafuddin yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM disambut Panglima TLDM, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang, Datuk Abd Hamid Hussain.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan keluarga warga TLDM yang menghidap penyakit kronik sebelum menyaksikan sunset ceremony iaitu upacara menurunkan bendera ketika matahari terbenam yang dilaksanakan di KD Terengganu.

Sultan Sharafuddin kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama-sama kira-kira 300 warga TLDM.

- BERNAMA