Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan cadangan menyelaraskan had umur minimum perkahwinan orang Islam di Selangor dengan menaikkan had minimum daripada 16 kepada 18 tahun.
Baginda berharap cadangan pindaan beberapa peruntukan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.
“Oleh itu, Beta telah menitahkan pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyemak semula undang-undang di kalangan orang Islam sedia ada di negeri Selangor, selain membuat cadangan penambahbaikan jika perlu.
“Berikutan dengan itu, MAIS dan JAIS telah menyembah maklumkan kepada Beta cadangan pindaan terhadap peruntukan undang-undang yang sedia ada."
Baginda bertitah demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 2018 di Bangunan Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.
Sultan Selangor bertitah, beberapa peruntukan lain juga perlu dipinda bagi menambahbaik prosedur dan proses kebenaran perkahwinan di bawah umur di Mahkamah Syariah.
Antaranya, dengan meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa dan pihak berkenaan.
Ia termasuk mendapatkan rekod aspek mental, jasmani, kesuburan, akhlak dan sosiologi, serta pengakuan kerelaan tanpa paksaan pemohon bagi memastikan perkahwinan mereka ini tidak akan mendatangkan kemudaratan.
Dalam pada itu, baginda bertitah agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dapat membahaskan persoalan dasar dan membangunkan program yang memberi impak kepada negeri Selangor.
“Perbahasan juga semestinya tidak bercanggah dengan Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda.
Pada masa sama, baginda menekankan kepentingan dasar prinsip tadbir urus yang baik dalam semua pelaksanaan tugas dan proses membuat keputusan bagi negeri Selangor .
“Ini termasuklah sistem integriti dan kauntabiliti yang sedia wujud dalam kepimpinan negeri Selangor. Ianya hendaklah terus diamalkan,” baginda bertitah.
Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri Selangor bermula 4 hingga 7 September ini.
Rahimah Abdullah
Mon Sep 03 2018

Sultan Sharafuddin menyampaikan titah ucapan sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 di Dewan Negeri Selangor hari ini. --fotoBERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Buruh Indonesia mengaku bersalah rogol anak jiran bawah umur
Seorang buruh Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun serta menipu seorang pengawai polis.

Singapura tambah tempoh sah pasport kepada 10 tahun mulai 1 Okt 2021
Langkah itu berikutan teknologi pasport biometrik sudah stabil sejak Singapura pertama kali memperkenalkannya pada 2006.

Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan
Seorang remaja perempuan yang didakwa hilang ketika bersenam di kawasan perumahannya di TTDI Jaya, di sini akhirnya ditemui selepas usaha pencarian dilakukan media sosial.

Had umur kahwin di Johor ditetapkan minimum 18 tahun bagi lelaki dan wanita
Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata sebelum ini, usia perkahwinan di negeri ini dibenarkan minimum 18 tahun untuk lelaki manakala 16 tahun untuk perempuan.

Had umur kahwin 14 tahun: Mereka tak matang lagi..
Cadangan menurunkan had umur perkahwinan kepada 14 dan 16 tahun, masing-masing bagi remaja perempuan dan lelaki disifatkan sebagai kaedah kebelakang.

Cadangan turunkan umur perkahwinan perlu dilihat secara menyeluruh
Cadangan menurunkan had umur minimum perkahwinan kepada 14 dan 16 tahun, masing-masing bagi remaja perempuan dan lelaki, perlu dilihat secara menyeluruh, kata Mufti Kelantan.

Sultan Selangor setuju cadangan naikkan had umur perkahwinan kepada 18 tahun
Baginda berharap cadangan pindaan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dibentangkan pada sidang DUN kali ini.

Pelajar Tingkatan Empat maut, seorang parah dalam kejadian langgar lari
Seorang pelajar tingkatan empat maut dan rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian langgar lari dekat Bentong.