Komuniti Suluk di Malaysia mengancam untuk memutuskan hubungan dengan kaum mereka di Filipina sekiranya ketegangan diantara anggota militan 'kesultanan' Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah berterusan.
Ia disuarakan wakil Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) yang berhimpun di hadapan Kedutaan Filipina petang tadi.
Pemangku Presiden PSBS, Faizal Fisar berkata mereka turut menyerahkan satu memorandum yang antara lain mendesak kerajaan Filipina untuk membawa pulang penceroboh dan membenarkan ekstradisi ke atas pemimpin kumpulan militan Jamalul Kiram III.
"Jika keadaan ini berlarutan, komuniti Suluk di Malaysia tidak lagi mahu dikaitkan dengan kaum Suluk di Filipina," menurut beliau.
Seorang lagi pemimpin PSBS, Yusop Abdua pula meminta penceroboh menghentikan tuntutan yang tidak relevan ke atas Sabah.
"Disebabkan tindakan segelintir yang boleh dipanggil pengganas, masyarakat menganggap kaum Suluk adalah sama," menurut Yusop.
Sementara itu, pelbagai lapisan masyarakat hari ini meletakkan jambangan bunga di hadapan Kedutaan Filipina bagi mendoakan keamanan di Sabah.
Acara dinamakan "Ops Bunga".
Seorang wanita yang berasal dari Sabah turut kelihatan menitiskan air mata apabila diminta mengulas mengenai keadaan di Lahad Datu.
"Benda yang sudah terjadi, telah terjadi, kita tak boleh buat apa-apa, kita sekarang hanya mampu berdoa, kita tak mahu salahkan siapa-siapa," kata Siti Salwah Kasah, 36, seorang pekerja hotel.
"Tak mahu bercerita pasal politik, lupakan politik, kita satu negara kan? Kita satu bangsa, kita di Malaysia... mana-mana negeri, macam adik-beradik, jangan diusik," katanya.
"Inilah yang saya lakukan demi keamanan. Saya berharap Sabah kembali aman dan ini adalah rayuan saya," menurut Vivian Sarjuni, 38.
"Kita adalah 1Malaysia, usah membeza-bezakan kami," tambah Vivian.
Turut hadir ialah penerbit filem Mohd Sufian Farouk, 20 yang berkata keganasan perlu dihentikan. "Kita ini orang Islam. Hentikanlah perang," menurut beliau.
Pelakon Remy Ishak turut hadir menghadiahkan sejambak bunga. "Ini untuk keamanan global. Adik saya juga masih berjuang di Sabah," dia dengan nada sebak sebelum meninggalkan kedutaan.
Sementara itu, Joe Lee aktivis media sosial yang menginspirasikan "Ops Bunga" di Twitter berkata dia melakukannya sebagai salah satu bentuk penghargaan kepada wira negara yang terkorban.
Lee juga memberi jaminan yang warga Filipina dan Suluk di Malaysia berada dalam keadaan baik dan tidak melihat kepada jurang perbezaan meskipun timbul ketegangan yang diwujudkan oleh penceroboh.
"Inilah cara kami meluahkan perasaan. Saya kini bukan lagi seorang wartawan. Saya juga bukan perwira yang dapat bertempur di medan juang. Jadi inilah cara kami sebagai rakyat biasa memberikan sokongan.
Teoh El Sen
Fri Mar 08 2013
Dewan Rakyat: Sasaran Malaysia Sukan SEA 2025, mekanisme SKBBK antara tumpuan
Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025 dan mekanisme pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Insiden tembakan: 10 maut, serangan terburuk dalam sejarah Sweden
Sekitar 10 individu dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah pusat pendidikan dewasa pada Selasa.
Tragedi MH17: Keluarga rakyat A.S terbunuh dalam MH17 boleh saman bank Rusia
Keluarga seorang warga Amerika yang terbunuh susulan pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh di Ukraine pada tahun 2014 kini dibenarkan untuk menyaman bank terbesar Rusia.
A.S - China: Trump tak tergesa-gesa bercakap dengan China ketika perang tarif melanda
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Selasa menyatakan beliau tidak tergesa-gesa untuk bercakap dengan Presiden China, Xi Jinping.
Gencatan senjata: Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian bermula
Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan telah bermula, lapor Agensi Anadolu.
Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan
Errol Musk yang menetap di Afrika Selatan jadi perantara anaknya dan Presiden Cyril Ramaphosa dalam diplomasi tertutup.
Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.
PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan AS, namun, Musk sangat berpengaruh dalam pentadbiran Trump.
Washington tidak iktiraf ICC, waran tangkap buat Netanyahu tiada makna
Amerika Syarikat tidak mempunyai kewajipan untuk menahan Netanyahu, bahkan mengecam keras tindakan ICC.
Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock
Teknologi terkini itu berupaya menghasilkan gambaran lebih jelas secara digital berkaitan lokasi kematian Teoh 15 tahun lepas.