MESKIPUN pernah beraksi dalam genre seram sebelum ini, namun aktres popular Uqasha Senrose mengakui filem "Sumpahan Jerunei" arahan Jason Chong memberikan pengalaman berbeza dan paling mencabar buatnya.
Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, dia melakonkan watak Bee, pegawai pemeliharaan warisan yang meminati perkara mistik, dalam filem terbitan Produksi Seni 2020 milik Datin Wendy Wong dan Datuk Nancie Foo itu.
“Watak Bee ini penting kerana membawa kumpulan pengkaji yang terdiri dari Profesor arkeologi Doktor Sani, Arjuna (bekas pelajar), Hana (pegawai pemeliharaan warisan), dan Tommi (jurukamera dan YouTuber) ke tempat jerunei yang misteri itu.
“Bukan senang untuk saya memaksa semua anggota kumpulan ke tempat tiang jerunei itu di mana akhirnya roh itu pula masuk ke dalam diri saya,” katanya.
Dalam filem "Sumpahan Jerunei", Uqasha bergandingan dengan barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Amerul Affendi, Syafie Naswip, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, Yuyun Hikmah dan ramai lagi.
Mengenai persiapan watak pula, kata Uqasha, dia membuat persiapan rapi untuk menjiwai karakter Bee dalam filem itu.
“Kami ada sesi pembacaan skrip untuk memahami karakter masing-masing. Ia bukan pre-produksi seperti drama biasa sebaliknya perlu memahami skrip dan karakter dengan lebih mendalam,” katanya lagi.
Pada mulanya, kata Uqasha, dia berasa risau dan tidak senang duduk kerana bimbang tidak dapat melakonkan karakter Bee seperti dikehendaki pengarah.
“Saya juga baca skrip hingga empat kali sehingga benar-benar memahami karakter Bee dan skrip juga banyak kali diubah.
“Selepas memakai kostum sebagai pegawai pemeliharaan warisan dengan solekan serta rambut yang ringkas, secara perlahan ‘feel‘ itu datang sendiri.
“Selaku pengarah, Jason juga akan menegur jika kami tidak menjiwai watak seperti dikehendaki skrip,” katanya.
Berkongsi cabaran dalam filem itu pula, terdapat banyak babak aksi lagak ngeri juga dilakukan Uqasha sendiri.
“Setiap babak dalam filem ini sukar. Antaranya, babak saya kena ikat dan naik atas pokok dan pokok jatuh depan muka.
“Saya juga buat babak ‘under water’ sendiri di mana saya kena ikat bawah air yang dalam.
"Selain itu, saya juga melakukan babak mandi dalam air sungai yang kotor dan menjadi tempat bahan buangan dari tandas termasuk najis di kampung berkenaan,” katanya.
Berkongsi penggambaran pula, ia membabitkan tempoh sebulan dan lokasi bermula di Mukah dan seterusnya, Kuching, Sarawak.
“Penggambaran filem ini banyak dalam hutan di kampung pedalaman di Kuching. Selain itu, ia juga membabitkan lokasi di tiang jerunei di mana ritual hamba yang dikorbankan pada abad ke-16.
“Tiada gangguan ketika penggambaran kerana kami sangat berhati-hati bila ‘shooting’ di lokasi seram bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.
Mengenai kerjasama dengan barisan pelakon, kata Uqasha, dia berasa dirinya kerdil bila berganding dengan barisan pelakon hebat seperti Bront, Amerul dan Tony Eusoff.
“Ia juga kali pertama saya berganding dengan Bront, Amerul dan Tony dalam filem ini. Namun, saya pernah bekerja dengan Syafie Naswip sebelum ini.
“Terus terang, saya berasa diri ini kecil jika nak dibandingkan dengan nama besar seperti mereka kerana mereka sangat menjiwai karakter.
“Namun, mereka tidak letak jurang dengan saya ketika penggambaran filem ini. Kami juga ditempatkan dalam satu apartmen dan masak bersama seperti keluarga besar sehingga penggambaran filem selesai,” katanya.
Filem "Sumpahan Jerunei" mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 27 Julai depan. -Media Hiburan
Media Hiburan
Wed Jul 19 2023
Terdapat banyak babak aksi lagak ngeri juga dilakukan Uqasha sendiri. -Media Hiburan
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Filem Vijay LLB The Advocate, lakonan Raaga Uthaya 'berhujah' di pawagam 1 Ogos ini
Sebuah karya sinematik berbahasa Tamil, Vijay LLB The Advocate kini sedia menemui peminat di pawagam di seluruh negara bermula 1 Ogos ini.
Kuala Lumpur jadi lokasi penggambaran filem Marvel 'Thunderbolts'
Filem yang bakal ditayangkan pada bulan Mei tahun hadapan itu didakwa telah menjalani penggambaran di pelbagai lokasi di Kuala Lumpur.
Kren produksi filem tumbang timpa banglo 99 pintu
Sebuah kren yang dipercayai digunakan oleh produksi filem dilaporkan tumbang dan menimpa banglo 99 pintu yang terletak di Jalan Byram di sini, pada Jumaat.
Aktor Hong Kong Louis Koo terkejut trafik Kuala Lumpur terlampau sesak
Bintang tersebut berada di Malaysia untuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Behind The Shadows.
Rajinikanth kunjungi PM, nyata hasrat masukkan perjuangan Anwar dalam filem
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan bintang mega India, Rajinikanth ke pejabatnya di Putrajaya.
Bakal berjauhan selama 3 bulan, Mira Filzah sediakan kelas aktiviti untuk anak
Demi menjayakan penggambaran sebuah filem lakonan terbaharunya berjudul Munajat Kekasih, pelakon Mira Filzah terpaksa berjauhan dengan anaknya, Wan Khair Amir selama 3 bulan.
Teo bidas kenyataan Wan Saiful minta Fahmi letak jawatan
Teo hari ini membidas kenyataan Wan Saiful yang mendesak Fahmi melepaskan jawatan susulan aksi biadab kumpulan The 1975 di hadapan peminat di Festival Good Vibes 2023.
'Diserang anxiety, badan lebam-lebam' - Daiyan Trisha berkorban demi Sumpahan Jerunei
Daiyan berkata, babak-babak yang dilakukannya agak ekstrem sehingga menyebabkan dia mengalami lebam-lebam, jangkitan pada telinga dan serangan anxiety.
Sumpahan Jerunei: 'Saya kena ikat bawah air yang dalam' - Uqasha cabar diri lakukan aksi lagak ngeri
Berkongsi cabaran dalam filem itu pula, terdapat banyak babak aksi lagak ngeri juga dilakukan Uqasha sendiri.
Tiada penggambaran video lucah berlaku di Sandakan - Polis
Polis Sandakan mengesahkan tiada sebarang kegiatan penggambaran filem lucah berlaku di daerah ini seperti yang didakwa menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini.