Pencemaran gas dan sisa pembuangan kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang semalam, merupakan insiden paling buruk dihadapi penduduk sekitar dan baunya masih dapat dihidu para penduduk sehingga hari ini.
Seorang penduduk Kampung Pulai, Zulkifly Kassim, 50, mendakwa dia bersama penduduk lain sudah terbiasa dan lali dengan pencemaran di sungai berkenaan, namun insiden pada Khamis disifatkan terburuk kerana terdapat pelajar sekolah dan penduduk mengalami sesak nafas, mual serta muntah.
Zulkifly yang menetap di kampung itu lebih 20 tahun berkata kesan sisa kimia seperti minyak berwarna hitam yang bertakung juga masih jelas kelihatan di sepanjang tebing anak sungai, pagi Jumaat.
"Pencemaran di sungai ini (Sungai Kim Kim) memang selalu, seminggu sekali air akan bertukar warna kuning, tetapi ini yang paling teruk sampaikan air bertukar hitam.
"Baunya juga terlalu kuat sehingga saya sekeluarga tidak boleh tidur, ada juga penduduk yang tidak tahan dan sesak nafas selain mual-mual akibat daripada pembuangan sisa kimia ini," katanya yang ditemui pemberita, di rumahnya, kira-kira 300 meter dari Sungai Kim Kim, pada Jumaat.
Zulkifly yang merupakan pemilik bengkel kenderaan berkata berikutan kejadian itu, dia bersama penduduk kampung membuat laporan polis di Balai Taman Pasir Putih, kira-kira pukul 11 malam Khamis, untuk siasatan lanjut pihak berkuasa.
Sementara itu seorang lagi penduduk Kampung Pasir Putih, Mohd Zaki Hitam, 50, berkata bau bahan kimia berkenaan masih dapat dihidu pagi ini dan ekoran itu, dia tidak membenarkan anggota keluarganya keluar dari rumah bagi mengelak kejadian lebih buruk.
"Walaupun bau busuk tidak seteruk semalam, tetapi, kami sekeluarga tetap berwaspada memandangkan rumah kami berada di tepi anak Sungai Kim Kim," katanya yang memiliki lapan anak dan tinggal bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih.
Mohd Zaki yang merupakan seorang guru di SK Cahaya Baru, Masai, berkata semasa kejadian semalam, dia tiada di rumah kerana sedang mengajar, namun dia sempat menghubungi seorang saudara bagi mengambil isteri dan beberapa anak di rumah untuk dipindahkan ke tempat selamat.
"Syukur isteri dan anak-anak selamat. Saya berharap kejadian seumpama ini tidak berulang dan pihak yang terlibat dapat dikenakan undang-undang sewajarnya," katanya.
Pada Khamis, 1,400 pelajar SMK Pasir Putih dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih, diarah mengosongkan kawasan sekolah selepas terdapat pelajar mengalami sesak nafas, muntah dan pengsan selepas terhidu gas dipercayai dari bahan kimia yang dibuang ke dalam Sungai Kim Kim.
Setakat ini 39 mangsa termasuk 21 pelajar SMK Pasir Putih dan SK Pasir Putih serta orang awam dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, selepas terhidu gas itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2019
Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diberi rawatan kecemasan selepas pengsan dipercayai terhidu bau disyaki gas kimia pada pagi Khamis. - Bernama
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Mangsa keracunan gas karbon monoksida dalam kereta masih kritikal - Polis
Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, masih ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan dipantau pegawai perubatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin.