PUTRAJAYA: Suntikan vaksin diterima skuad Harimau Malaya dapat membantu mereka untuk memberi tumpuan sepenuhnya, pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun depan.
Kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yakin, suntikan berkenaan juga mampu menghilangkan rasa takut para pemain terhadap ancaman COVID-19, yang masih melanda dunia ketika ini.
"Saya harap mereka lebih yakin dan tidak takut akan ancaman COVID-19, saya rasa bila cucuk (suntik) tadi pun tidak rasa sakit sangat macam ambil BCG (Bacillus Calmette-Guerin), dan Alhamdulillah ketika ini tidak rasa apa-apa," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menerima dos pertama suntikan vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, bersama lebih 40 pemain dan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang lain di Dewan Seri Seroja di sini, semalam.
Dalam pada itu, tonggak pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengakui, pada mulanya gusar untuk menjalani suntikan selepas mendengar berita mengenai 40 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang selesai menjalani proses vaksinasi dengan menerima dua dos suntikan, dikesan dijangkiti COVID-19 baru -baru ini.
Namun, Aidil Zafuan, yang menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech itu, mampu menarik nafas lega selepas dia dan rakan sepasukannya yang lain mendengar penerangan lanjut, daripada pegawai perubatan dalam program itu.
"Rakan-rakan lain pun agak risau, tetapi selepas kita tengok cara suntikan dilakukan saya rasa tiada masalah untuk berasa was-was, sama ada vaksin ini bagus atau tidak," tambahnya.
Pemain berpengalaman berusia 33 tahun itu juga, berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana memberi keutamaan kepada skuad bola sepak kebangsaan, untuk menerima suntikan vaksin.
BACA: Skuad Harimau Malaya terima vaksin COVID-19
Sementara itu, ketua jurulatih Tan Cheng Hoe menyifatkan, suntikan vaksin memberi banyak faedah terutamanya dalam menangkis kerisauan terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kepada pasukannya, seterusnya kekal fokus terhadap persediaan kempen di UAE nanti.
Skuad Harimau Malaya dijangka menerima suntikan dos kedua pada 10 Mei depan, sebelum berhimpun pada 16 Mei untuk menjalani kem latihan pusat dan dijadualkan berlepas ke UAE, 20 Mei depan.
Malaysia akan menentang tuan rumah UAE pada 3 Jun, sebelum berdepan Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) dalam perebutan gelaran juara Kumpulan G, bagi memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sekali gus mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.
Skuad kebangsaan sebelum itu dijangka menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kuwait (23 Mei) sebelum menentang pasukan kebangsaan Bahrain pada 28 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 19 2021
![Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus aksi di UAE - Aidil Zafuan Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus aksi di UAE - Aidil Zafuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618876644_AidilZafuan.jpg)
Aidil Zafuan ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 di Putrajaya semalam. --fotoBERNAMA
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor.
[TERKINI] Cuaca panas dan kering di utara Semenanjung
Cuaca panas dan kering melanda kebanyakan lokasi di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723386047_ShahFirdausSahrom.jpg)
ACC 2025: Shah Firdaus kekal beraksi dalam acara keirin, pecut individu
Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom akan kekal beraksi dalam acara keirin dan pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
![Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711621554_tbmusimkemarau.jpg)
Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.
![Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739336227_TBULARSAWA.jpg)
Perhilitan tahan dua lelaki kes lepaskan ular sawa di longkang
Perhilitan menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung pemilikan ular sawa tanpa lesen sah.
Pertumbuhan sektor perkhidmatan naik 6.2 peratus
Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.2 peratus tahun ke tahun pada suku tahun keempat 2024 dengan hasil mencecah RM627.9 bilion.
![Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana? Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343632_TBZAQUANjpg.jpg)
Zaquan Adha cuba tenangkan anak-anak, menangis tanya adik ke mana?
Zaquan Adha berkongsi bahawa anak-anaknya masih terkejut dengan berita pemergian adik bongsu mereka, Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees.
![22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang 22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739343500_tbCEOGISBDatukNa.jpg)
22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340247_TBCourtHammer.jpg)
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
![Olimpik Paris: Azeem Fahmi tamatkan saringan di tempat kedua, layak ke pusingan pertama Olimpik Paris: Azeem Fahmi tamatkan saringan di tempat kedua, layak ke pusingan pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722677243_TBParis.jpg)
Olimpik Paris: Azeem Fahmi tamatkan saringan di tempat kedua, layak ke pusingan pertama
Raja Pecut negara, Azeem Fahmi, layak ke pusingan pertama acara 100 meter Sukan Olimpik Paris 2024.
![Hoki Kelayakan Sukan Olimpik: Malaysia berdepan laluan mencabar Hoki Kelayakan Sukan Olimpik: Malaysia berdepan laluan mencabar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699393109_KelayakanOlimpik.jpg)
Hoki Kelayakan Sukan Olimpik: Malaysia berdepan laluan mencabar
Skuad hoki negara diundi menentang Great Britain, Pakistan dan China dalam Kumpulan A, kejohanan pusingan kelayakan di Oman awal 2024.
![Malaysia jumpa dua gergasi hoki dalam kelayakan Olimpik di Oman Malaysia jumpa dua gergasi hoki dalam kelayakan Olimpik di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699081962_Skuadhoki.jpg)
Malaysia jumpa dua gergasi hoki dalam kelayakan Olimpik di Oman
Skuad hoki negara bakal berdepan cabaran Great Britain, Pakistan dan China dalam peringkat kumpulan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris di Oman.
![Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687321717_AFFMitsubishiElect.jpg)
Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon
Skuad Harimau Malaya diminta menggunakan kesempatan mencipta kejutan masing-masing apabila menentang Syria dan China dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang akan berlangsung di Chengdu.
![Tidak perlu bimbang jika ranking terjejas - Azraai Khor Tidak perlu bimbang jika ranking terjejas - Azraai Khor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41690968968_bolasepak.jpg)
Tidak perlu bimbang jika ranking terjejas - Azraai Khor
Perkara paling penting adalah mencari kelemahan sebelum bermulanya Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November.
![Kesilapan terjunan keempat ranap peluang Nur Dhabitah ke final Kesilapan terjunan keempat ranap peluang Nur Dhabitah ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673597056_TBDHABITAH.jpg)
Kesilapan terjunan keempat ranap peluang Nur Dhabitah ke final
Penerjun elit negara, Nur Dhabitah Sabri secara mengejut gagal melayakkan diri ke pusingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun, hari ini.
![Terbuka Thailand: Leong Jun Hao lepasi pusingan kelayakan Terbuka Thailand: Leong Jun Hao lepasi pusingan kelayakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685456800_TBBADMINTONBANGKOK.jpg)
Terbuka Thailand: Leong Jun Hao lepasi pusingan kelayakan
Pemain badminton perseorangan negara Leong Jun Hao melepasi dua perlawanan pusingan kelayakan bagi melayakkan diri ke pusingan pertama Terbuka Thailand 2023.
![Copa America: Scaloni selar Brazil dipilih sebagai tuan rumah Copa America: Scaloni selar Brazil dipilih sebagai tuan rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61622701585_Scaloniselar.jpg)
Copa America: Scaloni selar Brazil dipilih sebagai tuan rumah
CONMEBOL mengesahkan edisi 2021 akan berjalan seperti yang dirancang dengan Brazil dipilih untuk mempertahan kejuaraan di laman sendiri walaupun negara itu antara yang terjejas teruk dengan krisis kes
![Kapten Ramos tiada dalam senarai Sepanyol ke Euro 2020 Kapten Ramos tiada dalam senarai Sepanyol ke Euro 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621914356_SergioRamos.jpg)
Kapten Ramos tiada dalam senarai Sepanyol ke Euro 2020
Bekas ketua jurulatih Barcelona, Luis Enrique, tidak menamakan seorang pun pemain Madrid dalam senarai akhir pemainnya.
![Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus aksi di UAE - Aidil Zafuan Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus aksi di UAE - Aidil Zafuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618876644_AidilZafuan.jpg)
Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus aksi di UAE - Aidil Zafuan
Kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yakin, suntikan berkenaan juga mampu menghilangkan rasa takut para pemain terhadap ancaman COVID-19, yang masih melanda dunia ketika ini.