Malang dan bawa padah. Itu nasib sekumpulan mat rempit yang dicekup selepas melakukan aksi berbahaya di ibu negara, awal pagi tadi.
Lagak ngeri itu dikesan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menerusi Ops Lumba Haram kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kesemua penunggang motosikal itu ditahan kerana secara berbahaya di persimpangan lampu isyarat Greenwood dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).
“Empat lelaki berusia 16 hingga 19 tahun telah ditahan selepas aksi 'superman' mereka dikesan.
"Pemeriksaan mendapati dua daripada yang ditahan adalah pelajar sekolah menengah di Wangsa Maju dan Selayang. Malah pelajar ini juga didapati tidak mempunyai lesen," katanya.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, operasi yang tamat pada jam 3 pagi ini turut mengeluarkan sembilan saman atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh.
Dalam pada itu, menerusi operasi yang dijalankan di Jalan Pahang, di sini, bermula jam 10.30 malam, sebanyak 85 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam operasi itu.
Katanya, antara kesalahan yang dikesan adalah tidak mempunyai lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, cukai jalan tamat tempoh, tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi dan tidak menampal pelekat P,” katanya.
Sinar Harian
Sun Nov 18 2018

Lagak ngeri itu dikesan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menerusi Ops Lumba Haram kira-kira jam 12.30 tengah malam.

97 kompaun dikeluarkan kepada pengendali makanan bazar Ramadan di Kelantan
Zaini berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Hari Komanwel: Menteri UK puji kekuatan Malaysia
West memuji keindahan Malaysia dan layanan mesra diterimanya dan menekankan perbincangan bermanfaat dengan wakil kerajaan mengenai objektif bersama.
Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka
Hujan lebat berterusan akibat Taufan Jana menyebabkan pintu pelepasan empangan takungan air di Avila, Sepanyol terpaksa dibuka pada Isnin.

Aaron sah beraksi di Seluruh England - Herry
Aaron dan pasangannya Soh Wooi Yik akan membuka kempen menentang gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.
Komoditi: pencuri kopi meningkat di A.S akibat harga biji kopi melambung
Kes kecurian muatan trak yang membawa biji kopi mentah semakin meningkat di Amerika Syarikat berikutan lonjakan harga kopi ke paras tertinggi sepanjang tahun lalu.
Kemalangan laut: kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Sebuah kapal tangki yang membawa bahan api jet untuk tentera Amerika Syarikat bertembung dengan sebuah kapal kontena di luar pesisir timur laut England pada Isnin.

Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Usaha ke arah itu antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia melalui Program Veteran MyWIRA.
Pasca perang: SDF setuju sertai institusi negara baharu Syria
Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai oleh puak Kurdish dan disokong oleh Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk bergabung dengan institusi negara baharu Syria, menurut kenyataan Pejabat Presiden Syria pada Isnin.

Siklon kategori 5 "berbahaya" landa Australia Barat
Siklon Tropika Zelia membadai utara Australia Barat (WA) dengan kekuatan taufan kategori 5.

Lelaki pandu kereta secara mengundur ditahan
Pemandu tersebut memberikan alasan kenderaan berkenaan mengalami kerosakan pada kotak gear.

COVID-19: 4 varian membimbangkan termasuk dari UK, India dikesan di Malaysia
Empat varian COVID-19 yang membimbangkan telah dikesan di Malaysia iaitu dari United Kingdom (UK), Afrika Selatan, Nigeria dan India setakat ini.

'Mat rempit ' buat aksi 'superman' kena tahan
Sudahlah berlumba haram, sekumpulan sembilan 'mat rempit' mencabar polis yang mengejar mereka dengan melakukan aksi 'superman'.

Warga emas memandu mabuk ditahan di bandar peranginan terkenal
Polis menahan seorang warga emas selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan di Port Dickson semalam.

Warga emas mengaku tidak bersalah memandu mabuk, hampir langgar polis
Lim Seang Joo, 63, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati, selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Nenek sanggup ikat cucu demi selamatkan kucing
Si nenek mengikat tali pada tubuh cucunya yang berusia 7 tahun sebelum menurunkan budak lelaki tersebut dari balkoni tingkat lima sebuah flat.

Darurat jerebu: Pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi dipindahkan
Seramai 160 pelajar akan dibawa pulang ke Malaysia manakala 120 akan dipindahkan ke Dewan Malaysia di Jakarta, Indonesia.

Indeks Pencemaran Udara di ILP Miri catat bacaan berbahaya
ILP Miri terletak berhampiran dengan kawasan kebakaran hutan dan tanah gambut di Kuala Baram.

Radiasi dalam teknologi 5G tidak bahaya - Ahli akademik
Ini kerana teknologi generasi kelima (5G) menggunakan spektrum elektromagnetik terendah dalam julat dari 3 kHz (kilohertz) hingga 300 GHz (GigaHertz).