SHAH ALAM: Pemilihan surah al-Jumuah sempena World #QuranConvention pada tahun hadapan bukan sahaja membentuk kerangka perwatakan ummah tetapi juga membawa naratif pemikiran positif dan bersangka baik dalam menjalani kehidupan.
Pengarah Bayyinah Institute merangkap penceramah program tersebut, Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Menurutnya, pada peringkat pertama surah tersebut mengajar masyarakat tentang pembentukan karakter manusia seperti diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.
“Di awal ayat, ALLAH telah menyatakan keadaan umat manusia di peringkat awal kejadian sehingga di masa hadapan, manakala peringkat kedua pula mengenai umat Bani Israel dan ketiga ialah berkaitan solat Jumaat.
“Ketiga-tiga perkara ini seolah-olah tiada kaitan, namun ia merupakan gagasan yang membentuk pemikiran sosial masyarakat pada hari ini.
“Surah ini mengajar kita untuk sentiasa bersangka baik kepada ALLAH walaupun terdapat ujian yang menimpa manusia,” katanya dalam majlis misi memperkenalkan Surah Al-Jumuah 2024, dalam agenda Ummah #GrandReset di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Rabu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, pada hari konvensyen tersebut seramai 500 anak muda akan menyertai program 'Young Muslim Leaders for the World'.
Ujarnya, kumpulan anak muda itu terdiri daripada pemimpin pelajar, pelajar universiti dari dalam dan luar negara, golongan elit, mahupun anak muda ‘underground’.
Jelasnya, ia bertujuan untuk membina pemimpin muda melalui kerangka kerja 52 kali setahun pada setiap Jumaat, pada tahun hadapan.
“Kita mengharapkan agar anak-anak muda ini dapat membina projek legasi membawa nilai-nilai mulia ke dalam keluarga, universiti, organisasi, negeri dan negara.
“Program ini juga dapat membina kebaikan dalam kumpulan masing-masing berpandukan surah al-Jumuah,” ulasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 30 2023

Sesi khas bersama Ustaz Nouman Ali Khan: Ummah#GrandReset yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - Foto Sinar Harian
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.