SHAH ALAM:Surat kiriman Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kepada 220 ahli Parlimen bertajuk Usul Tidak Percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dipercayai sebahagian gerakan terancang bagi menolak usul Belanjawan 2021.
Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, beliau percaya surat daripada Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li itu memberi impak terhadap penentuan kelulusan usul Belanjawan 2021 pada Khamis ini.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut bersetuju dengan pandangan Ku Li yang meminta Speaker Parlimen, Datuk Azhar Azizan Harun meluluskan usul penentuan kepercayaan kepada Muhyiddin bagi memberi peluang kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) membuktikan keabsahan sokongan majoriti ahli Parlimen kepada beliau terlebih dahulu.
"Legitimate vote (undi penentuan kepercayaan) terhadap Muhyiddin sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengelak nasib negara diperjudikan melalui undi belah bahagi Belanjawan 2021.
"Jika beliau benar-benar dipercayai majoriti ahli Dewan Rakyat, Muhyiddin kena buktikan kebenaran angka sokongan dalam sidang Parlimen dengan kita lihat beliau hanya memperoleh 111 undi sewaktu undi penukaran Speaker tempoh hari... kerajaan minoriti.
"Saya berpandangan surat ‘cinta’ Ku Li akan beri impak kepada penentuan undi belah bahagi usul Belanjawan 2021 dengan menyakini beliau mendapat sokongan sebelum gerakan tersebut dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Abdullah Sani turut menegaskan seluruh ahli Parlimen pembangkang akan menolak usul Belanjawan 2021 kerana dilihat benar-benar tidak mencakupi keperluan rakyat mendepani ancaman pandemik koronavirus (COVID-19).
VIDEO: Surat Ku Li kepada Speaker diedar kepada semua Ahli Parlimen
BACA: Ku Li tidak sertai perbahasan, Ahli Parlimen lain turut terpengaruh?
Kelmarin, Ku Li yang merupakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO memaklumkan, tidak akan turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2021 selagi Azhar Azizan enggan meluluskan usul penentuan kepercayaan terhadap Muhyiddin.
Bekas Menteri Kewangan itu menyampaikan hasrat tersebut kepada Azhar Azizan menerusi sepucuk surat bertarikh 19 November lalu yang turut mengkritik keengganan Speaker Dewan Rakyat membenarkan usul penting, selain usul Belanjawan 2021 dilaksanakan.
Surat itu adalah respons kepada kenyataan Azhar Azizan pada bulan lalu bahawa beliau tidak boleh membenarkan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan, dianggap usul persendirian, mendahului usul dibawa kerajaan.
Pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad mengemukakan pandangan menarik dengan beliau seolah-olah menjangkakan kerajaan PN akan memohon proklamasi darurat sekali lagi bagi menggantung Dewan Rakyat supaya usul Belanjawan 2021 diluluskan.
BACA: Ku Li umum tidak sertai perbahasan Belanjawan 2021
BACA: Belanjawan 2021: PN dapat manfaat sekiranya Ku Li tidak sertai undian
Berdasarkan hantaran di laman Facebook, bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkongsi pandangan bahawa kerajaan PN boleh melaksanakan Vote On Account di bawah Perkara 68A Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, yang membolehkan pembentangan beberapa akaun (bukan belanjawan penuh) untuk perbelanjaan, diluluskan tanpa perbahasan ahli Parlimen.
“Peraturan Dewan Rakyat membenarkan perbelanjaan untuk ‘sebahagian daripada satu tahun’ diluluskan dengan mudah. Dengan syarat kerajaan pun tidak lebih tempoh ‘sebahagian’ tahun berkenaan.
“Jelas sangat kerajaan PN tidak perlu kepada perisytiharan darurat, iaitu sehingga menggantung Dewan Rakyat supaya bajet (Belanjawan 2021) diluluskan.
“Takkan tidak ada sesiapa menasihatkan inner circle kerajaan PN?” katanya.
Pada masa ini, Muhyiddin hanya mempunyai sokongan 112 daripada 222 ahli Parlimen, susulan kematian seorang ahli Parlimen daripada BN dan seorang ahli Parlimen pembangkang daripada Parti Warisan Negara (Warisan).
Kini, angka sokongan terhadap Muhyiddin tinggal 111 orang, susulan Ku Li dijangka menarik diri daripada menyokong beliau.
Dengan angka sokongan pembangkang tinggal 108 orang, hanya tambahan empat undi ahli Parlimen BN diperlukan bagi memastikan usul Belanjawan 2021 ditolak.
Sinar Harian
Tue Nov 24 2020

Kelmarin, Ku Li (gambar) memaklumkan, tidak akan turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2021 selagi Speaker Dewan Rakyat enggan meluluskan usul penentuan kepercayaan terhadap Muhyiddin. - Gambar fail BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

PRK Nenggiri: Ku Li janji Awie akan jadi wakil rakyat terbaik
Calon BN bagi PRK Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal menjaga kebajikan penduduk.

BN akan terus perjuang isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan - Ku Li
BN akan terus memperjuangkan isu hak milik tanah rakyat Kelantan Selatan yang telah berlarutan puluhan tahun.

BN fokus isu tempatan di PRK Nenggiri - Ahmad Zahid
BN akan memberi fokus kepada isu masyarakat setempat di Nenggiri dengan bantuan jentera Pakatan Harapan (PH), sepanjang kempen PRK.

DAP tak perlu turun kempen PRK Nenggiri hanya pandangan peribadi Ku Li
Gesaan Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah agar DAP tidak turun berkempen di PRK Nenggiri dianggap sebagai pandangan peribadi.

PRK Nenggiri: UMNO Gua Musang kemuka nama tiga calon muda
Tengku Razaleigh berkata keputusan itu dilakukan berdasarkan kriteria yang diinginkan parti, selain mengambil kira faktor pengundi daripada golongan muda di DUN Nenggiri sebanyak 62.5 peratus.

‘Mereka sudah pindah kiblat, wajar kosongkan kerusi’ - Ku Li
Ahli Parlimen atau ADUN yang menyatakan sokongan kepada parti lain disifatkan sudah berpindah pendirian dalam perjuangan politik.

PRK Nenggiri: UMNO akan letak calon - Ahmad Zahid
UMNO akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.

Kerajaan disaran beri bantuan tunai bulanan
Bantuan berkenaan berperanan membiayai kehidupan rakyat dan sekali gus dapat menggunakan wang tersebut membeli barang keperluan.

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan BN untuk kembalikan petisyen pilihan raya Gua Musang
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan Mohd Azmi dan memerintahkan beliau membayar kos RM30,000.