KUALA LUMPUR: Surat tular di media sosial bertajuk makluman risiko culik dari sebuah sekolah di Batu Caves, di sini, merupakan inisiatif sebagai peringatan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya mengesan surat berkenaan pada 4.50 petang semalam, yang ditulis Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Samudra kepada ibu bapa dan penjaga sekolah.
Beliau berkata surat tersebut merupakan inisiatif pihak sekolah terbabit dan sekolah itu juga mengesahkan tiada sebarang kejadian culik berlaku.
"Polis mengesahkan telah menerima dua laporan setelah tularnya surat tersebut daripada ibu bapa dan penjaga murid melibatkan dua sekolah yang berbeza di daerah Gombak tentang kejadian ini.
"Siasatan terperinci juga sedang dijalankan pihak polis bagi mengesahkan kesahihan kejadian yang didakwa pengadu sebagai 'cubaan culik'," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih yang boleh menggugat ketenteraman awam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022

Menurut polis, ia merupakan inisiatif sebagai peringatan yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

‘Surat kepada Amerika’ tulisan Osama Bin Laden tular di TikTok
Kalangan masyarakat global di media sosial menyifatkan peranan Amerika sebagai hero dalam konflik Asia Barat sebagai satu pembohongan.

'Kenyataan media' Abdul Hadi akan dilantik sebagai Perdana Menteri palsu - Takiyuddin
Kenyataan media yang tular itu menyebut Abdul Hadi telah mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Surat tular: Isham bidas kenyataan KJ
Isham berkata, meskipun beliau sendiri tidak pernah membaca surat berkenaan namun, kandungan surat itu dilihat tidak jelas dan banyak tafsiran.

Surat tular: Jika betul, maka usul tambahan PAU 2023 adalah tidak sah - Khairy
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut memberi reaksi terhadap penularan surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Selasa.

Angkat sumpah jemaah Menteri Sabah esok?
Sabah bakal menyaksikan detik bersejarah selepas melalui kemelut politik lebih seminggu apabila satu majlis angkat sumpah jawatan ahli jemaah menteri akan diadakan di Istana Seri Kinabalu

KPPA ditamatkan perkhidmatan?
Surat bertarikh 1 Disember lalu itu ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Surat tular risiko culik inisiatif sekolah sebagai peringatan
Ia merupakan inisiatif sebagai peringatan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Pembinaan dewan masyarakat RM35 juta di Pagoh cetus persoalan
Pemeriksaan Astro AWANI mendapati dana itu diperuntukan untuk tiga projek dewan, dan menelan kos pembinaan sebanyak RM35,435,992.00.

Hadi Awang mohon menghadap Sultan Perak?
Menerusi surat yang kini tular di media sosial, Abdul Hadi dilapor memohon untuk menyembah maklum kedudukan Pas berkait krisis politik yang melanda negeri ini.

Surat tular Ku Li kepada Speaker Dewan Rakyat bukan surat sebenar - Sumber
Surat yang tular dan mendakwa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak ambil bahagian dalam perbahasan mengenai Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat bukan surat sebenar kepada speaker.