KUALA LUMPUR: "Terpulang kepada beliau," demikian reaksi Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil ketika diminta mengulas mengenai pengumuman bekas Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran meninggalkan parti itu semalam.
Fahmi berkata bekas Naib Presiden PKR itu berhak membuat keputusan sedemikian memandangkan beliau juga sudah tidak aktif dalam parti.
"Itu adalah keputusan beliau. Saya berpandangan itu adalah hak beliau. Terpulang kepada beliau. Beliau pun sejak dua menjak ini, sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak terlibat, tidak aktif.
"Jadi, mungkin dia rasa sesuai untuk dia guna platform lain. Itu hak beliau. Saya hormati keputusan beliau," katanya.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus dan Jalinan Mesra bersama pengusaha-pengusaha pawagam di sini malam tadi.
Semalam, Surendran mengumumkan keluar PKR atas alasan kecewa dengan parti itu.
Sebelum itu, Fahmi mengingatkan Surendran supaya mematuhi disiplin parti selepas peguam itu mempersoalkan agenda reformasi dalam PKR.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024

Fahmi berkata bekas Naib Presiden PKR itu berhak membuat keputusan sedemikian memandangkan beliau juga sudah tidak aktif dalam parti. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Fahmi masih belajar ketika Surendran sudah berjuang di jalanan - Hassan
PKR tidak harus melupakan jasa dan sumbangan bekas Naib Presiden PKR, N Surendran yang berjuang sejak parti itu ditubuhkan pada 1999.

Surendran letak jawatan: 'Terpulang kepada beliau' - Fahmi
"Terpulang kepada beliau," demikian reaksi Fahmi Fadzil ketika diminta mengulas mengenai pengumuman N Surendran.

"Anggap ini peletakan jawatan saya" - Surendran umum tinggalkan PKR
"Tiada guna jadi ahli parti yang tidak lagi mewakili perubahan dan reformasi" - Surendran

Jasad Nagaenthran dijangka tiba di Ipoh malam ini, dikebumi Jumaat - Laporan
Kediaman keluarga Nagaenthran di Tanjung Rambutan sudah dipenuhi dengan kaum keluarga terdekat yang sedang membantu keluarga membuat persiapan terakhir buat mendiang.

Azmin beri keterangan kepada polis berhubung video intim tular - Peguam
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah memberi keterangan kepada polis semalam berkaitan video seks kontroversi yang dikaitkan dengannya.

Setahun Malaysia Baharu: Kepimpinan PKR lemah, perlu reformasi - Surendran
Kepentingan orang yang terlibat dalam puak-puak tersebut tidak lagi bertumpu kepada memperjuangkan prinsip 'rule of law' dan kebebasan individu.

"Saya nafikan khabar angin kematian saya sendiri" - Peguam Surendran
Peguam PKR, N Surendran menafikan khabar angin tentang kematiannya yang tersebar di media sosial.

Jamal Yunos sengaja buat provokasi untuk gagalkan perhimpunan Bersih 5.0
Jamal berkata provokasi itu dilakukan selepas beliau memperoleh maklumat daripada media sosial, pihak Bersih mungkin akan mengepung KLIA dan beberapa tempat strategik semasa perhimpunan 19 Nov 2016.

Polis dituduh cuba menutup kes kematian Sugumar
Keluarga mangsa menolak keputusan bedah sisat ke atas C.Sugumar, 40, yang meninggal dunia selepas dipercayai dibelasah pada hari Rabu dan mahu bedah siasat kedua dilakukan bagi kes tersebut.