Seorang suri rumah maut manakala anaknya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan.
Kemalangan berlaku di kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pasir Puteh, Marang pada petang Khamis.
Nahas kira-kira jam 4 petang itu menyebabkan mangsa Nazifa Zulkefli, 33 tahun, maut di tempat kejadian manakala anaknya Nurul Ulya Mohd Omar, 2 tahun, hanya mengalami cedera ringan.
Insiden itu dipercayai berlaku selepas kereta yang dipandu seorang pensyarah dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh dua buah kereta termasuk kereta mangsa yang diletakkan di kiri bahu jalan.
Bagaimanapun pensyarah wanita yang berusia 33 tahun serta pemandu kereta Proton Saga Iswara yang berumur 38 tahun tidak mengalami kecederaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Thu May 17 2018
Seorang suri rumah maut manakala anaknya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan. -Astro AWANI
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Kelindan maut, lori makanan ringan rempuh kren
Mohammad Hairi Ismail, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori, Mohamad Azwan Mohd Hishammudin, 30, cedera ringan.
Tiga kematian babit peserta RXZ Members 6.0 direkodkan
Polis mengeluarkan 89 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang dua hari operasi.
Dua maut, dua parah kereta terbabas
Dua maut manakala dua lagi parah selepas kereta dinaiki terbabas dalam kejadian di kilometer 54, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.
Warga emas maut, isteri cedera nahas
Kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh, menyebabkan kereta tersebut berpusing beberapa kali sebelum terbalik di kiri jalan.
12 individu dikompaun berkumpul, tidak pakai pelitup muka
Mereka yang berusia di antara 19 dan 50 tahun itu dikompaun kerana ingkar PKP serta tidak mematuhi SOP ditetapkan.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas tiga kenderaan
Fakhrullah Mohd Fadili meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan.
Remaja maut tercampak keluar dari kenderaan
Seorang remaja maut selepas tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki bersama tiga lagi rakannya.
Suri rumah maut kereta dinaiki terbabas
Seorang suri rumah maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dalam kemalangan di Kilometer 42 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pada Isnin.
Suri rumah maut, anak cedera ringan dalam kemalangan 3 kenderaan
Kemalangan berlaku di kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pasir Puteh, Marang pada petang Khamis.