Gara-gara bertengkar disebabkan sampah, seorang suri rumah maut dilanggar di Flat Desa Intan di Lebuhraya Thein Teik, Bandar Baru, di sini tengah malam tadi.
Kejadian berlaku pada pukul 12.55 tengah malam apabila Lee Seok Pheng, 47, dirempuh dengan kereta dari hadapan. Dia meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata Lee dan suaminya yang tinggal di tingkat bawah flat itu dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki berusia 53 tahun yang tinggal di tingkat tiga kerana lelaki itu didakwa membuang sampah berhampiran rumah mereka.
"Suspek yang berada di dalam keretanya cuba melanggar suami mangsa tetapi dia dapat mengelak dan pasangan itu, yang tidak berpuas hati, kemudian mengetuk bahagian belakang kereta lelaki berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki terbabit kemudian mengundurkan keretanya untuk menggertak mangsa dan suaminya menyebabkan mereka berdua terdorong ke belakang, lantas Lee menuju ke pintu pemandu kereta itu dan memarahinya.
"Suspek mengundurkan kenderaannya sebelum memandu ke arah wanita itu dan terus melanggarnya," katanya.
Mior Faridalathrash berkata lelaki itu keluar dari kereta dan cuba melarikan diri tetapi dapat diberkas oleh beberapa orang awam yang melihat kejadian itu.
"Suspek turut dipukul dan cedera di kepala serta tangan menyebabkan dia dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai mekanik tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain bebas pengaruh alkohol atau dadah.
Bernama
Fri Nov 21 2014

Gara-gara bertengkar disebabkan sampah, seorang suri rumah maut dilanggar di Flat Desa Intan di Lebuhraya Thein Teik, Bandar Baru. - Gambar fail
Peningkatan productiviti tetapi upah tidak setimpal - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji mempunyai kaitan dengan peningkatan produktiviti di negara luar tetapi di Malaysia produktiviti meningkat tetapi upah tidak setimpal. Untuk menaikkan produktiviti, peningkatan kemahiran seperti TVET, perkenalkan beberapa disiplin baharu seperti AI dan teknologi baru di universiti dan pusat latihan. #AWANInews

Mahkamah benarkan kerajaan gantung keputusan pelarasan pencen pesara
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penggantungan ini, tanpa perintah mengenai kos.

Kilang proses dedak haiwan musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang memproses dedak haiwan di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini musnah dalam kebakaran, semalam.
Syarikat dinasihatkan untuk lebih adil terhadap pekerja - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah menetapkan gaji minima sebanyak RM1,700 dan perkenalkan skim gaji progresif tetapi tidak ada kekuatan undang-undang untuk memaksa syarikat swasta. Syarikat yang mendapat keuntungan yang tinggi juga disaran memberikan gaji yang setimpal. #AWANInews

Nilai Bitcoin kembali naik melepasi RM400,000
Nilai Bitcoin Kembali Naik Melepasi RM400K

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
'Ini faedah langsung kepada rakyat' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa negara mencapai dividen ASB tertinggi dalam masa lima tahun dan dividen KWSP 6.3 peratus merupakan tertinggi sejak 2017. 120,000 peluang pekerjaan baharu dengan kadar pengangguran 3.1 peratus sejak Disember 2024. #AWANInews

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.

66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada aturan bayaran, rekod pelaporan cukai
LHDN kenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
KWSP: Rekod dividen yang sama antara konvensional dan syariah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini dapat meyakinkan umat Islam tentang simpanan syariah dan tidak ada dasar yang mewajibkan tapi menggalakkan tentang perbankan. Umat Islam juga harus diberi penjelasan tentang perbankan tanpa faedah dan beberapa instrumen syariah yang diperkenalkan. #AWANInews

Kanak-kanak dilaporkan hilang di George Town ditemui di Taiping
Mohammad Muzzafar Mohammad, 11, ditemui oleh anggota Balai Polis Taiping di perhentian bas kira-kira 7 malam ini.

Polis tahan lelaki, tumpas sindiket pecah rumah di George Town
Polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil pecah rumah antaranya barangan kemas, peralatan elektrik, telefon bimbit dan komputer riba.

Mayat reput dalam kotak adalah warga asing - polis
Mayat seorang wanita yang ditemui telah reput dan disumbat dalam kotak di tepi belukar di Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah di sini semalam dipercayai merupakan rakyat asing.

Suri rumah maut dilanggar kereta jiran di George Town
Gara-gara bertengkar disebabkan sampah, seorang suri rumah maut dilanggar di Flat Desa Intan di Lebuhraya Thein Teik, Bandar Baru.