Pegawai polis yang berhadapan dengan suspek dari golongan autisme dibenarkan mengguna gari sekiranya suspek dilihat terlalu agresif sehingga boleh mendatangkan ancaman kepada polis dan orang awam.
Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, Datuk Ramli Din bagaimanapun berkata penggunaan gari itu adalah langkah terakhir yang akan dilakukan selepas cara memujuk tidak berjaya berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi golongan autisme yang dilancarkan pada 25 Mac lepas.
Katanya penghidap autisme biasanya amat sensitif tetapi boleh digari seperti individu normal jika tindakan mereka boleh mendatangkan ancaman.
"Tindakan menggari suspek autisme ini sebenarnya terpulang kepada sesuatu kes sebab setiap kes adalah unik. Jika suspek autisme itu agresif sehingga boleh mengancam keselamatan orang lain, tindakan kekerasan seminima yang boleh terpaksa diambil.
"Tindakan kekerasan itu adalah penyelesaian yang terakhir akan dibuat tapi sedaya upaya anggota atau pegawai polis akan membuat kaedah pujukan atau sebagainya terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas program Roadshow Autisme: Garis Panduan Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasrat dan Pegawai Modenisasi Pengurusan Organisasi Urusetia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) SAC Munusamy Rengasamy.
Mengulas mengenai SOP kepada pegawai polis yang baharu dilancarkan itu, Ramli berkata ia adalah sebagai garis panduan kepada pegawai polis yang berada di lapangan.
"Ia menjadi garis panduan kasar untuk mengenal pasti individu yang menghidap autisme serta bagaimana cara untuk berhadapan dengannya.
"Pada peringkat awal biasanya pegawai polis akan cuba mengenal pasti suspek, sama ada penghidap autisme ataupun bukan dan pegawai polis mesti tahu ciri-ciri golongan ini termasuk sensitif kepada cahaya lampu dan bunyi bising," katanya.
Ramli berkata selepas ditahan dan dibawa ke balai, polis perlu memastikan soalan yang sesuai untuk diajukan kepada suspek autisme kerana mereka tidak sama dengan suspek normal.
Mengulas mengenai proses siasatan dan pendakwaan, Ramli menjelaskan tugas polis hanyalah melakukan siasatan lengkap termasuk mendapatkan khidmat daripada pakar sebelum diserahkan kepada pihak pendakwa raya.
Jelasnya terpulanglah kepada pendakwa raya sama ada mahu meneruskan kes berdasarkan laporan yang diterima atau sebaliknya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019

Datuk Ramli Din menyampaikan ucapan perasmian program Roadshow Autisme Garis Panduan Polis Diraja Malaysia di Dewan Sri Nilam, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu hari ini. - Foto BERNAMA

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Pemerdagangan manusia: PM jamin ambil tindakan terbaik, lebih agresif selamatkan rakyat Malaysia
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terbaik bagi menyelesaikan isu pemerdagangan manusia melibatkan rakyat Malaysia di beberapa negara ASEAN.

Bekas ratu cantik, rakan ditahan tumbuk polis, rempuh SJR
Bekas ratu cantik dan rakannya ditahan selepas bertindak agresif dengan menumbuk seorang anggota polis dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan, di sini, pada awal pagi Khamis.

Polis kesan lelaki ketuk cermin, ugut pemandu kereta
Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang dipercayai bertindak agresif dengan mengetuk cermin dan mengugut seorang pemandu.

Siasatan menyeluruh kes kematian dalam lokap - Ketua Polis Kedah
Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen kekerasan, kecuaian, salah laku pegawai dan anggota yang terlibat.

Debat terakhir bersama Biden amat menakjubkan - Trump
Calon Republikan itu berentap di pentas debat ini pada Khamis malam sebelum hari pengundian pada 3 November depan.

Polis trafik, penunggang motosikal jadi hero selamatkan monyet cedera di lebuh raya
Tindakan agresif monyet itu menyebabkan salah seorang anggota polis trafik serba salah untuk mengambilnya kerana bimbang digigit.

Lelaki 'wanted' mengamuk ketika hendak ditahan polis
Dalam kejadian jam 11 malam itu, lelaki terbabit dikatakan tidak berpuas hati dan berang apabila polis ingin menangkapnya, lalu bertindak agresif.

Bakar kenderaan terlibat kemalangan, dua abang mangsa antara ditahan polis
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang berusia 19 dan 29 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Tasek Gelugor.

APM dua kali tangkap ular di rumah yang sama dalam tempoh dua hari
Dalam kejadian Selasa lalu, ular tedung selar ditangkap di dalam rumah berkenaan dan kira-kira jam 7.30 malam tadi, ular yang dipercayai "pasangannya" pula ditangkap di dalam reban ayam.

Suspek autistik boleh digari jika agresif - Polis
Pegawai polis yang berhadapan dengan suspek dari golongan autisme dibenarkan mengguna gari sekiranya suspek dilihat terlalu agresif sehingga boleh mendatangkan ancaman kepada polis dan orang awam.