Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan pemilik kenderaan sewa dipercayai digunakan suspek pembunuhan imam dan pensyarah dari Palestin Dr Fadi Mohammed Al Batsh, selepas kenderaan itu dilaporkan ditinggalkan di Ampang Hilir, dekat sini semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah mengenal pasti pemilik kenderaan terbabit, namun tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut berikutan kes tersebut masih lagi dalam siasatan.
Malah, selain motosikal berkuasa besar dan kereta disewa itu, pihaknya sedang mengenalpasti beberapa lagi kenderaan lain yang dipercayai digunakan suspek dalam kes itu.
Polis juga yakin suspek mempunyai banyak identiti dan memasuki negara pada awal Januari lalu menggunakan dokumen palsu.
"Jika ada laporan menyatakan kenderaan terlibat jenis Proton Saga, saya tak boleh beritahu kerana ada juga jenis kenderaan lain yang dipercayai digunakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program keagamaan Buddha sempena sambutan Hari Polis ke-211, di Samadhi Vihara, Seksyen U12, di sini hari ini.
Sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang disyaki digunakan suspek kes pembunuhan untuk melarikan diri, dilaporkan ditinggalkan di Taman Tasik Ampang Hilir, Ampang, semalam.
Katanya tindakan suspek yang dipercayai menggunakan identiti serta pasport palsu untuk masuk dan berada di beberapa tempat dalam tempoh tiga bulan di negara ini telah menyukarkan pihak berkuasa mengesan individu terbabit.
Sehubungan itu, kata Mohamad Fuzi, pihaknya bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan pasukan keselamatan dari negara-negara ASEAN untuk membantu mengesan suspek seandainya individu berkenaan melarikan diri ke negara jiran.
Mengenai edaran lakaran wajah dua suspek yang dikaitkan dengan kes pembunuhan itu, beliau berkata setakat ini, tiada maklum balas diterima daripada Interpol dan PDRM terus menjalankan siasatan paling maksimum bagi menyelesaikan kes berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi Sabtu lepas, Allahyarham Dr Fadi, 35, ditembak mati ketika dalam perjalanan menuju ke surau di luar sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak, Kuala Lumpur untuk menunaikan solat subuh.
Polis telah mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang dikaitkan dengan kejadian itu di semua pintu masuk dan keluar negara dalam usaha mengesan mereka.
Astro Awani
Fri Apr 27 2018
![Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41524458187_FuziHarun.jpg)
Polis telah mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang dikaitkan dengan kejadian itu di semua pintu masuk dan keluar negara dalam usaha mengesan mereka. - Gambar fail
Ketidakpastian dasar perdagangan kesan kepada sentimen pelabur
Perbincangan bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan ini akan meneliti mengapa ketidakpastian dasar perdagangan memberi kesan kepada sentimen pelabur, sejauh mana kesannya, dan berapa lama gangguan pasaran ini dijangka berlarutan.
FBM KLCI dijangka antara 1580 - 1600 mata
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan pelabur fokus pada sektor pembinaan, utiliti, dan teknologi berikutan sentimen positif dan perkembangan terkini dalam sektor-sektor tersebut.
Ringgit dijangka diniagakan pada 4.40-4.45 berbanding dolar AS minggu ini
Perkembangan perdagangan dan sentimen risiko yang meluas dijangka mempengaruhi ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat 4.40-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan.
![Operasi pencarian remaja dikhuatiri lemas jatuh sungai diteruskan Operasi pencarian remaja dikhuatiri lemas jatuh sungai diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739151613_tbSARpelajardikh.jpg)
Operasi pencarian remaja dikhuatiri lemas jatuh sungai diteruskan
Operasi diteruskan jam 8 pagi ini dengan kekuatan enam anggota dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Jitra.
Jangkaan dividen KWSP 2024: Tinggi atau konservatif?
Pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dijangka menerima lebih 5.8 peratus dividen bagi simpanan konvensional tahun lalu, tertinggi dalam tempoh tiga tahun manakal bagi simpanan syariah pula diramalkan antara 5.4 peratus hingga 5.6 peratus. Jumlah akhir dijangka diumumkan oleh KWSP pada awal Mac ini. Bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd,
Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid membincangkan faktor-faktor utama yang mempengaruhi kadar dividen tersebut.
Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid membincangkan faktor-faktor utama yang mempengaruhi kadar dividen tersebut.
AWANI Pagi: CIPTA CITRA IV - Hari Puisi Sedunia 2025
Diskusi bersama dua tetamu, mengenai CIPTA CITRA, yang meraikan edisi keempatnya tahun ini, mendukung keragaman bahasa melalui ekspresi puitis.
Dividen KWSP dijangka lebih 5.8 peratus
Angka tersebut adalah ‘anggaran selamat’ dan jumlah akhir dijangka diumumkan oleh Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pada awal Mac ini.
![Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735001055_tbkemalangan.jpg)
Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.
Bazar Ramadan: Siapa yang dapat lesen, dia kerja - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan membatalkan lesen perniagaan bazar Ramadan serta merta yang dijual kepada pihak ketiga.
"Siapa yang dapat lesen, dia kerja, kalau pindah lesen itu batal segera," tegasnya.
#AWANInews
"Siapa yang dapat lesen, dia kerja, kalau pindah lesen itu batal segera," tegasnya.
#AWANInews
![Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714719117_TayyipErdogan.jpg)
Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia - Erdogan
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menekankan peranan Malaysia sebagai rakan strategik utama menjelang lawatan rasminya.
![Hati-hati sewa kereta di Langkawi, pengguna tidak dilindungi jika pengusaha tiada permit - JPJ Hati-hati sewa kereta di Langkawi, pengguna tidak dilindungi jika pengusaha tiada permit - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722154552_SekatanJalanRaya.jpg)
Hati-hati sewa kereta di Langkawi, pengguna tidak dilindungi jika pengusaha tiada permit - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan perkhidmatan kenderaan sewa tidak berlesen atau permit, terutamanya yang banyak beroperasi di Langkawi.
![Wanita dilapor hilang selepas hantar kereta sewa kepada pelanggan Wanita dilapor hilang selepas hantar kereta sewa kepada pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720781535_TBhilang.jpg)
Wanita dilapor hilang selepas hantar kereta sewa kepada pelanggan
Seorang pekerja sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan, Rabu lepas.
![MOT hasrat buka semula permohonan lesen teksi, kereta sewa kepada syarikat MOT hasrat buka semula permohonan lesen teksi, kereta sewa kepada syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678276874_ProtesTeksiPavillion.jpg)
MOT hasrat buka semula permohonan lesen teksi, kereta sewa kepada syarikat
Inisiatif itu mampu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat yang tidak mampu memiliki kenderaan sendiri.
![Permohonan lesen teksi dan kereta sewa dibuka kepada orang awam - Wee Ka Siong Permohonan lesen teksi dan kereta sewa dibuka kepada orang awam - Wee Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611229867_PemanduTeksi.jpg)
Permohonan lesen teksi dan kereta sewa dibuka kepada orang awam - Wee Ka Siong
APAD membuka permohonan Lesen Kelas Teksi dan Kereta Sewa kepada individu awam di bawah perniagaan Milikan Tunggal atau Perkongsian bermula 18 April hingga 30 Jun ini.
![Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/71521796377_teksi.jpg)
Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD
Penerima akan menerima pembayaran bermula 27 Julai ini, dipinda daripada perancangan terdahulu untuk pemberian dibuat sebelum 15 Julai.
![Pemerkasa PLUS: Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Lahad Datu sambut baik bantuan Pemerkasa PLUS: Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Lahad Datu sambut baik bantuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-01/81515661618_teksibermeter.jpg)
Pemerkasa PLUS: Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Lahad Datu sambut baik bantuan
Persatuan pengusaha teksi dan kereta sewa Lahad Datu sambut baik bantuan program strategik memperkasa rakyat dan ekonomi tambahan.
![PERMAI: 20,000 pemandu teksi, kereta sewa terima bantuan RM500 bermula hari ini - Tengku Zafrul PERMAI: 20,000 pemandu teksi, kereta sewa terima bantuan RM500 bermula hari ini - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/81443303213_teksibermeter.jpg)
PERMAI: 20,000 pemandu teksi, kereta sewa terima bantuan RM500 bermula hari ini - Tengku Zafrul
20,000 pemandu teksi dan kereta sewa menerima bayaran pertama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) sebanyak RM500 bermula hari ini.
![Pastikan penumpang ada kebenaran rentas daerah, negeri - Ka Siong Pastikan penumpang ada kebenaran rentas daerah, negeri - Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611229867_PemanduTeksi.jpg)
Pastikan penumpang ada kebenaran rentas daerah, negeri - Ka Siong
Perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing dibenarkan beroperasi sepenuhnya sepanjang pelaksanaan PKP namun mereka perlu memastikan penumpang memiliki kebenaran.
![Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41524458187_FuziHarun.jpg)
Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan terbabit, namun tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut berikutan kes tersebut masih lagi dalam siasatan.
![PRU14: Pengusaha kereta sewa terima tempias bahang pilihan raya PRU14: Pengusaha kereta sewa terima tempias bahang pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71523968563_keretasewa.jpg)
PRU14: Pengusaha kereta sewa terima tempias bahang pilihan raya
Jumlah tempahan meningkat mendadak hingga dua kali ganda berbanding hari biasa sejak seminggu lalu.