Suspek kes tetak seorang buruh ladang di Dungun pada Rabu mendakwa dia boleh berkomunikasi dengan Tuhan serta melihat makhluk halus.
Menurut isteri mangsa, Rosnah Muhamed, 34, suspek menceritakan perkara tersebut sebelum bertindak menetak bahagian leher suaminya yang juga rakan suspek.
Jelasnya, sebelum itu suspek yang bersenjatakan parang datang menghampiri mereka sekeluarga dan kelihatan sangat pelik.
"Lepas tu dalam pukul satu, dia beritahu abang (suami) dia boleh cakap dengan Tuhan, boleh nampak dajjal, macam-macam dia kata dia boleh nampak.
"Lepas tu abang pun tanya dia, 'Ada masalah ke? Kalau ada masalah khabar lah (beritahu lah)', tapi dia kata tak ada masalah," kata Rosnah.
BACA: Suspek kes tetak rakan diberkas tidak jauh dari rumah kongsi
BACA: Buruh ladang maut ditetak rakan, isteri cedera di jari
Rosnah berkata, bimbang melihat keadaan itu, suaminya meminta supaya mengejutkan kesemua anak mereka dan membawa mereka masuk ke dalam kereta.
Bagaimanapun, ketika hendak pulang, suspek meluru ke arah suaminya dan terus melibaskan parang ke arah leher mangsa.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.45 pagi itu menyebabkan mangsa Mohd Zukanain Abd Aziz, 39, maut akibat kecederaan teruk di bahagian leher.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, sebelum kejadian, pasangan suami isteri itu yang tinggal di Kampung Cacar Paka bersama lima anak mereka berkunjung ke rumah suspek di kawasan ladang terbabit kira-kira pukul 8 malam Selasa.
Sebaik selesai menikmati makan malam, suspek yang berusia 29 tahun itu telah ke laman rumah dan menebas belukar berhampiran sekitar kawasan rumah.
Bagaimanapun, selepas selesai menebas, suspek dikatakan meluru ke arah mangsa dengan memegang sebilah parang.
Nur Fazlizai Ali
Wed Feb 12 2020
DUNGUN: Seorang lelaki warga Indonesia ditangkap pagi ini, dipercayai terlibat dalam satu tragedi berdarah awal hari ini yang menyaksikan seorang buruh maut manakala isterinya cedera akibat ditetak. Menurut Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Suspek kes tetak rakan dakwa boleh bercakap dengan Tuhan, nampak dajjal
Suspek kes tetak seorang buruh ladang di Dungun pada Rabu mendakwa dia boleh berkomunikasi dengan Tuhan serta melihat makhluk halus.