Seorang suspek kes pecah rumah di sini meninggal dunia awal hari ini akibat serangan jantung ketika ditahan polis.
Suspek dipercayai melakukan jenayah berkenaan di sebuah rumah di Taman Pulai Utama, Kangkar Pulai, kira-kira sejam sebelum itu.
Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata lelaki berumur 40an itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di Balai Polis Kangkar Pulai kira-kira pukul 1.15 pagi.
"Terdahulu, polis telah menerima satu maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 12.01 malam mengenai kehadiran sebuah kereta Perodua Alza berwarna putih di hadapan sebuah rumah di taman berkenaan.
"Bertindak dari itu, polis pergi ke tempat kejadian untuk memeriksa kenderaan terbabit sebelum ternampak seorang lelaki meluru keluar dari rumah berkenaan dan melarikan diri," katanya kepada pemberita.
Noor Hashim berkata polis kemudian mengejar lelaki berkenaan sehingga ke sebatang jalan, kira-kira 500 meter dari rumah terbabit, sebelum beberapa orang awam yang berada di situ berjaya menahan lelaki tersebut yang cuba melarikan sebuah Iswara Aeroback milik orang awam.
Beliau berkata polis mendapati lelaki yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek itu sedang tercungap dan lemah ketika dikerumuni orang awam.
Katanya, lelaki itu didapati semakin lemah apabila tiba di Balai Polis Kangkar Pulai sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba.
Menurut Noor Hashim, polis kini sedang mengenalpasti identiti lelaki itu kerana dia didapati menggunakan kad pengenalan milik orang lain yang dilaporkan hilang pada 15 Jun lepas.
Siasatan terhadapnya turut sukar dilakukan kerana dia didapati sudah merosakkan ibu jarinya bagi menyukarkan identitinya dikesan pihak berkuasa, katanya.
"Lelaki terbabit pada sebelah siang juga dipercayai cuba melakukan pecah rumah di perumahan yang sama tetapi gagal kerana terserempak dengan tuan rumah berkenaan dan kereta Perodua Alza itu pula dipercayai kereta yang dicurinya di kawasan Johor Jaya, di sini, pada 5 Sept lepas," katanya.
Polis katanya merampas pelbagai barangan yang disyaki hasil pecah rumah di dalam kenderaan terbabit termasuk beg tangan mengandungi wang kertas mata wang China, serangkai kunci kereta, beberapa unit alat pemain DVD, enam kilogram sarang burung walit serta 10 karton rokok.
"Polis percaya terdapat seorang rakan lelaki berkenaan yang dipercayai turut terlibat bersama-sama dalam kejadian pecah rumah berkenaan. Sehubungan itu, polis sedang mengesan lelaki tersebut dan mana-mana orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis untuk siasatan lanjut," katanya.
Bernama
Tue Sep 17 2013
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.
Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis
Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara
Mohamad Ezri berkata pendekatan menyeluruh dapat membuka jalan kepada sistem keadilan yang penuh belas kasihan dan berkesan.
Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.
Polis tahan lelaki buat kacau, pecah cermin kereta di Bayan Lepas
Lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.
Hukuman berat jika buat jenayah di Makkah, Madinah
Md Daud berkata, pelaku tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
BHEUU JPM tubuh jawatankuasa kerja perkukuh sistem keadilan jenayah negara
Ia bagi terus memperkukuh sistem keadilan negara yang menyentuh isu jenayah siber dengan membabitkan kaedah moden.