LAHAD DATU: Suspek kes tetak kanak-kanak berusia 11 tahun sehingga maut pada Sabtu lalu ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin.
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr di Mahkamah Majistret Lahad Datu di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, Mahkamah Majistret memerintahkan tempoh reman terhadap suspek selama tujuh hari.
"Reman selama tujuh hari mulai Isnin hingga 1 Oktober depan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Rohan dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan suspek berjaya diberkas di kawasan Blok 12 Ladang FGV PM Sahabat 41, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi Ahad.
Menurutnya, suspek dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi melengkapkan siasatan.
Sinar Harian pada Sabtu lalu melaporkan kanak-kanak lelaki itu maut akibat ditetak rakan kepada bapa tirinya dan mayatnya ditemukan di halaman rumah perumahan pekerja berkenaan.
Mayat ditemukan dalam keadaan berlumuran darah serta kesan tetakan pada bahagian kepala, leher dan putus pada tangan kiri mangsa.
Suspek berjaya diberkas di kawasan Blok 12 Ladang FGV PM Sahabat 41, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi Ahad. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 25 2023

Suspek kes bunuh kanak-kanak ketika diberkas di kawasan Blok 12 Ladang FGV PM Sahabat 41, Lahad Datu. -Gambar fail/Sinar Harian

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Suspek tetak mati budak 11 tahun direman tujuh hari
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ryan Sagirann Rayner Jr di Mahkamah Majistret Lahad Datu pada Isnin.