KUALA TERENGGANU:Suspek utama kes pembunuhan tragis seorang gadis yang juga rakannya sendiri Ahad lalu bebas dari pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata hasil ujian saringan yang dilakukan terhadap suspek yang berusia 19 tahun itu didapati negatif dadah.
Menurut Mohd Adli, hasil siasatan lanjut turut mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.
“Pihak polis masih lagi dalam tindakan untuk mengesan saksi-saksi serta melengkapkan siasatan yang diperlukan sebelum diserah kes, dirujuk kepada pendakwa raya.
“Pada kesempatan ini juga saya juga ingin menyeru kepada warganet dan pengguna media sosial supaya tidak melakukan ataupun menghebahkan perkara-perkara yang tidak benar berkenaan kes ini dan juga untuk menghentikan maklumat-maklumat yang salah yang tidak perlu disiarkan di media sosial,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan awal masih menjurus kepada motif perselisihan faham, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.
Mohd Adli berkata pihaknya percaya ketika kejadian suspek bersendirian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran rumah mangsa selain beberapa kesan yang lain.
Pada Ahad seorang gadis berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dan dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.
Mangsa Siti Nur Surya Ismail dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.
Ketika kejadian mangsa yang menjaga ibunya yang sakit dibunuh kejam dengan kesan kecederaan dan tetakan di bahagian tubuh dipercayai dilakukan oleh penjenayah yang memecah masuk kediamannya.
Susulan kejadian itu polis telah menahan seorang remaja perempuan selepas tampil ke Balai Polis Telemong Hulu Terengganu kira- kira jam 7.30 pagi dengan ditemani ibunya kononnya untuk membantu siasatan.
Terdahulu, pelajar Tingkatan Enam itu direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 9 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Nur Fazlizai Ali
Tue Nov 03 2020
Seorang pelajar Tingkatan Enam itu direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 9 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Foto Astro AWANI
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Suspek utama kes tetak, bunuh rakan bebas dari pengaruh dadah - Polis
Hasil siasatan lanjut turut mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.