IPOH: Polis Perak mempertingkatkan kawalan keselamatan di 16 buah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (IPD) dan 107 balai polis di negeri itu susulan kejadian serangan yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada 17 Mei lalu.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya juga turut menambah anggota yang bertugas pada sebelah malam di setiap IPD dan balai polis sebagai langkah untuk memperketatkan keselamatan.
"Saya telah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah supaya mengkaji dan melihat mana-mana balai polis yang terdapat sebarang kekurangan yang membolehkan potensi berlakunya ancaman.
"Selain itu, kita juga akan menambah baik dari aspek pencahayaan di pintu masuk serta memperbaiki mana-mana pagar yang sudah uzur dan rosak bagi memperkukuhkan lagi tahap keselamatan dan perimeter di kawasan IPD ataupun keseluruhan balai," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata mana-mana individu yang datang ke IPD atau balai polis untuk sebarang urusan juga perlu diperiksa jika ada membawa beg atau bungkusan dengan lebih terperinci.
"Kita berharap orang ramai dapat memberi kerjasama lebih erat dengan pihak polis dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik seterusnya dapat memastikan keselamatan ketenteraman awam dipelihara dan dipertingkatkan daripada semasa ke semasa," katanya.
Dalam kejadian awal pagi Jumaat lepas, seorang lelaki berusia 21 tahun menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor sehingga mengakibatkan dua anggota polis terkorban dan seorang lagi tercedera sementara suspek turut ditembak mati.
Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said, 24 dan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, terkorban dalam insiden serangan kira-kira pukul 2.45 pagi.
Dalam insiden kedua di Pulau Pinang, seorang lelaki telah menceroboh dan cuba merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat pada Ahad lalu namun gagal selepas dia berjaya ditangkap pada hari sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
Mohd Yusri menjawab pertanyaan media pada sesi sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Ipoh, hari ini. --fotoBERNAMA
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
Polis bongkar makmal haram, rampas dadah RM5.5 juta
Polis membongkar makmal memproses dadah dan merampas 79 kilogram pelbagai jenis bahan terlarang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM5.5 juta dalam dua serbuan di Manjung, pada Sabtu.
Polis Perak rampas RM126 juta pelbagai jenis dadah setakat September
Jumlah itu meningkat berbanding keseluruhan rampasan sebanyak RM40 juta yang dicatatkan sepanjang tahun lepas.
Polis minta bantuan kenal pasti mayat reput ditemui berhampiran lokasi kemalangan
Identiti mayat reput yang ditemui polis ketika menjalankan siasatan mengenai kemalangan jalan raya di Pekan Tambun di sini, pagi tadi, belum dikenal pasti.
4 dikompaun langgar SOP Thaipusam di Perak, polis gesa tingkat pematuhan
Empat kompaun dikeluarkan atas kesalahan berkenaan, membabitkan kegagalan memakai pelitup muka dan membawa kanak-kanak ketika upacara perarakan.
Dadah: Polis Perak perhebat operasi, 41 sarang penagihan dihapuskan tahun ini
Sarang penagihan dadah telah dikenal pasti terbahagi kepada pelbagai lokasi antaranya di sekitar kawasan perumahan dan ladang kelapa sawit.
Polis Perak rampas dadah RM13.7 juta, sita harta RM3.7 juta
Polis Perak berjaya merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM13.7 juta dalam operasi di seluruh negeri ini bagi tempoh Januari hingga 12 Jun lalu.
Ops Kesan: Belum ada petunjuk baharu jejak Acap
Operasi yang bermula seawal 7 pagi itu berakhir sekitar jam 2 petang dengan kekuatan lebih 200 anggota dan pegawai polis.
Polis Perak minta orang ramai jangan bayar kepada 'ulat parkir'
Orang ramai sebaliknya perlu melaporkan aktiviti itu kepada pihak berkuasa secepat mungkin untuk diambil tindakan.
Cadangan pasang AES dekat Terowong Menora
Dengan adanya AES diharap orang ramai akan memandu mengikut had laju yang dibenarkan.